berita

[VIDEO] Akhirnya Setuju Muncul Di AJL Selepas 13 Tahun, Siti Nurhaliza Dedah Sebabnya..

February 10th, 2020 | by Arini Saleh
Video Popular

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza membuat kejutan apabila tampil di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL34) di minit terakhir persembahan ‘Anta Permana’. Walaupun hanya sempat menyanyikan beberapa baris lagu bersama penyanyi gantian, Bob Yusof, kehadiran Siti Nurhaliza membuatkan ramai teruja.

Iyalah, mana tidaknya, kali terakhir Siti muncul di pentas AJL adalah 13 tahun yang lalu. Selepas itu, penyanyi ini membuat keputusan untuk mengundurkan diri dan memberi peluang kepada penyanyi lain untuk berentap.

Hadiah untuk peminat, team Anta Permana

Mesti ramai yang nak tahu bagaimana Siti tiba-tiba buat comeback ini kan? Di Youtube, penyanyi tersohor ini mendedahkan sebab mengapa dia akhirnya bersetuju untuk membuat penampilan khas. Patutlah!

Menurut Siti Nurhaliza, dia rasa sangat gembira kerana ini merupakan kali pertama dia dapat bersama-sama penyanyi berbakat, Bob. Kata Siti, penampilannya ini adalah untuk menyokong penyanyi yang mewakilinya itu. Dia memberitahu lagi, perkara ini sama sekali tidak dirancang dan berlaku sekelip mata.

Apa yang tercetus di hati saya untuk join, bantu Bob ini adalah secara spontan. Dalam hati, berat nak melakukan persembahan kerana saya sudah beri kepercayaan kepada Bob. Saya percaya kepada kebolehan Bob. Namun atas dasar sokongan, atas dasar sahabat, lagu ini sangat istimewa dicipta untuk saya. Saya nak bantu memeriahkan persembahan. Alhamdulilah saya ambil keputusan last minit. Yang penting saya nak enjoy atas pentas selepas 13 tahun tak muncul di AJL.

Siti mahu memberi sokongan kepada Bob dan pencipta lagu, Hael Husaini serta Ezra Kong. Dengan izin suami, Siti terus mengambil keputusan ini di saat akhir dan mengikut sahaja susunan lagu yang sudah dirancang. Siti turut berterima kasih kepada peminat dan ini adalah hadiah istimewanya buat peminat dan team ‘Anta Permana’.

Rindu peminat terubat

Menerusi video berdurasi 15:48 saat tersebut, pembantu peribadi Siti Nurhaliza turut mengulas kekecewaan yang dirasai peminat apabila mikrofon tidak berfungsi di awal persembahan. Katanya, masalah teknikal ini sesuatu yang tidak dapat dielak walaupun sudah beberapa kali diingatkan.

Video tersebut setakat ini sudah mendapat lebih 20k tontonan selepas beberapa 8 jam dimuatnaik. Wah ramai betul yang teruja!

Sumber : Youtube Siti Official Video

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×