berita

[VIDEO] Akrobat Kritikal Akibat Terhempas 9 Meter Ketika Beraksi

September 5th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang akrobat wanita cedera parah selepas terjatuh dari ketinggian hampir 9 meter semasa melakukan aksi trapeze dalam pertunjukan sarkas di Barnaul, wilayah Altai Krai, Rusia pada 31 Ogos lalu.

Akrobat jatuh ketika beraksi, cedera di kepala

Video insiden tesebut yang tular di media sosial itu menyaksikan mangsa yang dikenali sebagai Maria Smetanova, 23, sedang melakukan aksi dengan cara tergantung secara terbalik sambil kakinya disangkut pada palang.

Apa yang mencemaskan apabila kaki Maria tiba-tiba terlepas daripada palang terbabit sebelum dia terjatuh ke tanah. Difahamkan, persembahan tersebut dilangsungkan tanpa sebarang jaring keselamatan di bahagian bawah tapak aksi berkenaan.

Hasil pemeriksaan mangsa mengalami keretakan pada tengkorak kepalanya, mengalami gegaran otak dan patah tangan.

Video

Sumber: New York Post, Josseph Morris

SKIP THIS AD ×