Semalam kecoh di media sosial mengenai insiden ‘cemas’ yang menimpa pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick ketika menjadi ahli panel penyiasat suara sumbang dalam rancangan hiburan I Can See Your Voice Malaysia (ICSYVM) musim kelima.
ICSYVM musim kelima
Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner yang merupakan ahli panel penyiasat suara sumbang bersama-sama dengan rakannya penyiasatnya yang lain iaitu Datuk Rosyam Nor, Andi Bernadee, Marsha Milan, Sophia Liana dan Altimet telah muncul dalam episod ketiga program I Can See Your Voice Malaysia (ICSYV) musim kelima yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Ain Edruce.
Pada pusingan keempat (pusingan penentuan) kebanyakan ahli panel penyiasat termasuk tetamu jemputan, Zizi Kirana sebulat suara menyingkirkan penyanyi misteri nombor dua selain berharap individu itu adalah penyamar dan bukannya penyanyi sebenar.
Kesemua mereka dilihat agak gementar untuk mengetahui suara sebenar individu yang mereka singkirkan itu. Namun siapa sangka, tekaan mereka tepat sekali. Ternyata penyanyi misteri nombor dua sebenarnya adalah seorang penyamar.
Janna Nick jatuh kerusi
Suasana di dalam studio menjadi kecoh saat si penyamar mendendangkan lagu Cinta Melayang-Layang oleh Boboy. Pada pertengahan persembahan, kelihatan Janna Nick bangun dari kerusinya dan menuju ke atas pentas untuk menari bersama Andi Bernadee. Tidak lama selepas itu, Janna Nick berlari dari pentas untuk kembali semula ke tempat duduknya.
Tetapi lain pula yang jadinya apabila kerusi tersebut tidak seimbang dan terbalik ke belakang sehingga membuatkan Janna Nick turut terjatuh. Rakan artis berada di situ kelihatan agak cemas dan cuba menghulurkan bantuan kepada Janna Nick. Namun dalam masa yang sama, mereka tidak dapat menahan ketawa melihat momen itu.
Sedutan video yang dikongsikan semula oleh Janna Nick di akaun TikToknya telah mendapat hampir 1.7 juta tontonan. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur dan berharap agar kejadian itu tidak menjejaskan kesihatan Janna Nick .
Video
Sumber: Janna Nick, TV3 Malaysia