berita

[VIDEO] Aksi Sayu Perpisahan Terakhir Guru & Anak Murid Ini Undang Sebak Netizen

August 21st, 2019 | by Amat
Kini Trending

Benar kata pepatah, ‘Guru ibarat lilin yang membakar diri’ demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar. Semestinya jasa setiap guru memang sukar untuk hilang dari memori kita.

Seperti sebuah video yang dimuatnaik menerusi Facebook, BahNews ini memang undang sayu netizen. Guru wanita ini terpaksa berpindah mengajar ke sekolah lain pula, selepas Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nyuk Hwa, Semporna, Sabah. Lebih meruntun jiwa lagi apabila sekumpulan pelajar berlari mendapatkan guru tersebut dan memeluknya.

Kasih sayang seorang guru

https://www.facebook.com/BahNewsOfficial/videos/359778041630469/?__xts__[0]=68.ARDuYudENEUQ1UoNJnl-ZeluuuSPDYYfbq0IAAo1lb_K9804Gb45elB0Kr6IOlkoRzqOwfiaXwMWX_MRs_TXm9EAAMl0JgLSJNSPw2oVbBU8YxHlDnO9GPrTdaL06SITF6cL4ilmrRUmJBasjK9qz3LRRzWWNbm0Av2xL6REqkIQbE2Q5j63YntQkWZLbVnlSgVNiyJOBB2hEi6ld_OiK6VvZj6jYorh4GVOp9Hs3sLZxhjgZCbgZ76rwh_F0TjjyGHpF7q3tGuWIWZzZoIoc8pCLQte1yEHNvyysSKaCk_xTnd8wQmjF49u5p6mGy8gyr2nel_C3XdH2ra41lC-Hl4D0cyejjJY79o&__tn__=-R

Video yang dimuatnaik BahNews-Aduan Orang Kita ini telah mendapat sebanyak 3,700 tontonan dan rata-rata netizen sebak apabila menonton aksi pelajar-pelajar ini.

Kata-kata terakhir ‘Cikgu sayang kamu semua’ dari mulut guru ini membuatkan lagi pelajar tersebut menangis dan memeluknya. Difahamkan rakaman video ini merupakan hari terakhir guru tersebut berkhidmat di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Nyuk Hwa, Semporna.

Itulah contoh cikgu yang baik

Saya pun ikut menangis

Sumber: BahNews

SKIP THIS AD ×