berita

[VIDEO] Aksi Spontan Pelajar Ini Dalam Pertandingan Bercerita Bikin Netizen Terhibur

May 5th, 2019 | by Amirul Asraf
Video Popular

Mempunyai bakat dalam bercerita, seorang kanak-kanak lelaki telah berjaya memukau netizen apabila videonya menyertai pertandingan bercerita tersebar di Facebook.

Video yang berdurasi 3:04 itu menunjukkan dia sedang bercerita mengenai Sukan Tahunan bersempena Karnival Bahasa Melayu Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri Sarawak. Powernya adik!

Memang jiwa pelawak

https://www.facebook.com/cik.nad.9/videos/2385390324815223/

Menerusi Facebook Nadzirah Halid, wanita tersebut berkongsi video budak lelaki itu sedang bercerita. Menurutnya, budak tersebut merupakan wakil pelajar dari Sekolah Kebangsaan Sugai Setiam. Aksinya yang spontan ketika pertandingan berlangsung menyebabkan dia berjaya memikat hati juri lalu memenangi pertandingan tersebut.

Dia juga layak ke pertandingan bercerita peringkat kebangsaan. Peserta yang menyertai pertandingan itu hanya diberikan gambar rangsangan, manakala struktur ayat dan bahasa perlulah dilakukan secara spontan ketika bercerita.

Banyak memerhati dan peka

Menurut salah seorang guru Bahasa Melayu, dia berasa tergaman melihat cara adik itu bercerita. Baginya, budak tersebut merupakan seorang yang peka dan memerhati terhadap persekitaran. Tambahnya, laras bahasa yang digunakan oleh budak itu sangat tinggi. Ucapan syabas turut diucapkan kepada guru pembimbing budak itu.

Creative thinking

Rata-rata netizen puji terhadap keberanian adik itu, serta kagum terhadap gaya dia menyampaikan cerita tersebut. Mereka turut berharap dia akan terus berjaya pada masa hadapan.

Sumber: Nadzirah Halid

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×