![[VIDEO] Aksi Tarian Bollywood Zhiddin Aziz Bikin Netizen Terhibur – ‘Amboi Sedaghe, Malu Tapi Mahu’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/zhiddin-aziz-323.jpg)
Gelagat personaliti media sosial, Zhiddin Aziz menari di sebuah majlis baru-baru ini telah menyorot perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: Individu Dakwa Zhiddin Aziz Tak Profesional Hantar E-Mail – ‘Patutlah Kena Cancel’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Zhiddin Buat Kejutan Hadiah Pakej Umrah Untuk Mak – ‘Allah Beri Petunjuk Agar Saya Dapat Berbakti Pada Ibu’
Tarian Bollywood
Menerusi video yang dimuat naik oleh pelakon Zeera Azizi di TikTok, dia kelihatan lengkap memakai busana tradisional India berona merah jambu dan biru.
Zhiddin pada awalnya menolak ajakkan Zeeera, namun tidak lama selepas itu dia dilihat mendekati aktres tersebut lalu mereka bersama-sama menari tarian Bollywood.
Suasana menjadi lebih meriah apabila pasangan mempelai yang juga adik kepada Zerra iaitu Neera dan Hafizi turut menyertai mereka berdansa.
Difahamkan majlis tersebut adalah majlis berinai Neera yang merupakan pelakon dan penyampai radio.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terkasima melihat aksi tarian yang dipersembahkan Zhiddin pada majlis itu.
Menurut mereka, Zhiddin mempunyai bakat tarian meskipun tidak pernah melihat dia membuat persembahan.
Sumber: TikTok Zeera Azizi