![[VIDEO] Aktif Buat ‘Content’ Prof, Influencer Terharu Terima Duit Raya Dari Kak KM – ‘Siap Ajak Pergi Rumah Terbuka’](https://media.ohbulan.com/2025/04/kak-km-raya.jpg)

Seorang pencipta kandungan seperti mendapat durian runtuh selepas menerima duit raya daripada usahawan sensasi Kak KM kerana sering membuat video menggunakan latar belakang suaranya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Menangis Anak Bakal Masuk Universiti – ‘Nanti Kalau Faris Lapar Macam Mana?’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kak KM Kongsi Tips Rumah Tangga – ‘Yang Suami Janganlah Rasa Kau Raja Dalam Rumah’
Dapat duit raya

Menerusi perkongsian di laman TikTok, individu bernama Syamir Syazani memuat naik video memaparkan perbualan mesej bersama Kak KM atau nama sebenarnya Liana Rosli.
Dalam tangkap layar itu, Kak KM memberikan duit raya atas rasa penghargaan terhadap video yang dilakukan oleh Syamir.
Syamir yang tidak menyangka akan menerima duit raya meluahkan rasa syukur atas pemberian usahawan itu.
Yay dapat duit raya daripada Profesor Dr. Kak KM.
Kak KM siap ajak pergi rumah terbuka.
Tidak hanya itu, Kak KM turut mengajak Syamir ke rumah terbuka yang akan diadakan pada minggu depan.
Bagaimanapun, Syamir terpaksa menolak kerana rumah Kak KM sangat jauh daripada tempatnya, iaitu di Kedah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen gembira apabila mendapat tahu Kak KM memberi layanan baik terhadap peminatnya.
Komen netizen

Sumber: TikTok








