berita

[VIDEO] ‘Aku Baru Tahu Parkir Kereta Dekat Kotak OKU Salah, Kena Saman’ – Lelaki Berkerusi Roda

December 6th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) meluahkan rasa terkilan dan tidak puas apabila keretanya didakwa di saman pihak berkuasa tempatan (PBT) dipercayai di Pantai Morib, Kuala Langat.

Lelaki OKU tak puas hati disaman

Menerusi video yang dimuat naik di akaun TikTok Roslan Jajuli, lelaki terbabit yang berkerusi roda mendakwa disaman hanya kerana memarkir kereta di kotak parkir OKU. Lelaki ini mendakwa sudah menampal sticker OKU di hadapan cermin kenderaannya itu tetapi tetap disaman.

Nak saman pun, tengok-tengoklah, main saman saja. Sebesar-besar ‘hand controller’, siap ada nampak ‘sticker’ orang kurang upaya (OKU). Aku baru tahu, ‘parking’ tempat OKU salah, baru aku tahu. Nak saman, tengok-tengoklah ada ‘sticker’ atau tidak.

Dakwa lelaki ini lagi, ini merupakan kali pertama dia disaman selepas meletakkan kereta di parkir OKU. Dia turut memberitahu akan membayar saman tersebut yang berjumlah RM20.

Bayar sajalah RM20 saja kan, bayar nanti aku ambil resit. Tengok, aku ‘parking’ tempat cantik, bukan ‘parking’ sengit-sengit. Lain kali janganlah saman, ‘sticker’ macam itu tak nampak. Tak pernah-pernah kena saman di mana-mana, kau datang kau saman pula.

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara netizen turut tertanya-tanya apakah kesalahan lelaki ini sehingga dia disaman. Malah mereka turut berharap agar pihak berkuasa menjalankan tugas dengan teliti dan penuh tanggungjawab.

Terbaharu, lelaki ini mendakwa rupa-rupanya jumlah saman tersebut bukanlah RM20 tetapi RM300 namun difahamkan kes ini sudah selesai dan saman pun telah dibatalkan.

Video

Sumber: Roslan Jajuli

SKIP THIS AD ×