berita

[VIDEO] ‘Aku Tak Boleh Dikalahkan’ – Hairul Azreen Perlu Sokongan Moral Untuk Terus Bersemangat

April 7th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Umum mengetahui, pelakon, Hairul Azreen, 35, mengalami kecederaan yang serius di bahagian ligamen krusiat anterior (ACL) lutut kirinya ketika menjalani penggambaran filem arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof iaitu The Original Gangster.

Artikel berkaitan: Lutut Kiri Cedera Teruk Ketika Penggambaran, Hairul Azreen Minta Maaf – ‘Dah Sampai Masa Untuk Rehat’

Terbaru, bapa kepada dua orang cahaya mata ini memberitahu dia memerlukan sokongan moral untuk kekal bersemangat pada waktu ini.

Aku tak boleh dikalahkan

Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram, Hairul meluahkan sebuah coretan mengenai insiden yang pernah dihadapinya.

Saya cuma perlukan sokongan moral #TheBestNeverRest. Bagi aku masa 1 hari, aku akan fikir apa yang patut aku buat.

Buat latihan yang orang lain tak mampu buat. Bagi aku masa 1 minggu, aku kuatkan apa yang akum ahu segala yang lemah aku ubah jadi peluru. Bagi aku masa 3 bulan, aku buktikan aku jadi pahlawan. 6 bulan! Aku tak boleh dikalahkan.

Di ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan peminat mendoakan kesembuhan buat Hairul. Malah, ramai yang berbangga dengan pengorbanannya dalam menjayakan sesebuah watak dan memintanya untuk tidak berputus asa.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sumber: Hairul Azreen

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×