berita

[VIDEO] Alahai Abang Myvi, Getah Paip Pun Nak Rembat Ke…

January 6th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Viral sebuah video di media sosial apabila seorang lelaki didapati mencuri getah paip kira-kira pukul 1 pagi, di hadapan sebuah kedai di Tandop, Alor Setar, Kedah.

Menerusi Facebook Aishah Shuib, wanita ini berkongsi sebuah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perilaku suspek sewaktu hendak mencuri getah paip di kedai miliknya.

Getah pun nak curi ka?

Menerusi rakaman yang berdurasi 1:01 saat, sebuah kereta perodua Myvi didapati memberhentikan kenderaan di hadapan sebuah kedai milik Aishah di Tandop, kira-kira pukul 1 pagi, 3 Januari yang lalu. Sebaik sahaja memberhentikan kenderaan tersebut, seorang lelaki yang memakai seluar pendek, keluar daripada kenderaan tersebut lalu berjalan-jalan di hadapan kedai berkenaan.

Gerak geri lelaki tersebut menjadi tumpuan apabila dia membuka sebuah getah paip lalu mengambilnya. Sewaktu hendak membawa masuk getah paip itu ke dalam kereta, suspek kelihatan memandang persekitaran kawasan tersebut sebelum beredar dari kawasan itu. Tindakan lelaki tersebut yang mencuri getah di hadapan kedai berkenaan mengundang pelbagai komen daripada netizen yang menyaksikan video berkenaan.

Kereta boleh beli takkan paip tak boleh

Rata-rata netizen meninggalkan komen menyuruh pemilik kedai membuat laporan polis walaupun barang yang dicuri itu hanyalah getah paip. Menurut Aishah, dia terkejut bahawa pencuri tersebut sanggup mencuri getah paip sedangkan mereka mampu memiliki kenderaan.

Sumber: Aishah Shuib

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Content Champion at Rev Asia Berhad
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.