berita

[VIDEO] Alami Pengalaman Berbeza Di Salon Kecantikan Penuh Kehijauan Bak Taman Di KL Ini

December 13th, 2018 | by Epul
Video Popular

LEEKAJA Beauty Salon merupakan satu-satunya salon kecantikan di Malaysia yang menggabungkan unsur industrial dan alam semula jadi. Salon kecantikan yang terletak di Robinson & Four Season Hotel Kuala Lumpur ini baru dibuka beberapa bulan lalu namun berjaya menarik perhatian orang ramai dek kerana keunikan dan kelainan yang ditampilkan.

Lebih menarik, salon dari Korea Selatan ini membariskan beberapa pendandan rambut terkemuka yang dibawa khas dari negara Kimchi itu! Nak tahu apa yang menarik lagi tentang Leekaja Beauty Salon? Jom saksikan video ini.

Macam dalam taman!

https://www.facebook.com/ohbulanofficialfan/videos/340905850056222/

Wah! Hiasan dalaman salon ini memang memukau! Bagi anda yang mahukan rawatan lengkap dari hujung rambut hingga hujung kaki, berkunjunglah ke Leekaja bagi merasai sendiri pengalaman baru ini. Kami paling suka sebab ada bilik khas untuk korang yang perlukan privacy terutama hijabister di luar sana tu.

Bukan tu je, snack PERCUMA disediakan kepada semua pelanggan yang hadir untuk mendapatkan rawatan.

Hiasan Dalaman & Khidmat Kecantikan Digabung Demi Kepuasan Pelanggan

(Gambar kaunter LeeKaja Beauty Salon, gempak kan?)

Untuk pengetahuan korang, hampir kesemua pekerja di salon ni sebenarnya diimport khas dari KOREA. Ini bagi menjaga kualiti perkhidmatan sebab jenama ni dah lama bertapak di negara kimchi tu. Sekali sekali bagi orang Korea yang dandan rambut kita, apa salahnya kan?

(Gambar pelanggan sedang mendapat sentuhan oleh stylist khas dari Korea)

Untuk Insta-famous pulak, lokasi ni sangat sesuai untuk korang rakamkan outfit of the day (OOTD) korang sebab setiap sudut salon memang cukup memukau.

Nak tahu lebih lanjut, boleh terjah satu-satunya cawangan LEEKAJA Beauty Salon di Malaysia ni di Jalan Ampang Kuala Lumpur.

Jangan lupa subscribe saluran YouTube Ohbulan untuk saksikan lebih banyak video-video menarik kami!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×