Selebriti media sosial, Caprice memberitahu isterinya Farra Inalis selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka, semalam. Tahniah!

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Sampai Kita Tak Ada Peluang Lagi Baru Nak Menyesal’ – Caprice

Artikel Berkaitan: Caprice Bongkar Nama Asal ‘Mawla Amin’ Dekat Passport Perancis Sebelum Pindah Ke Morocco?

Alhamdulillah

Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, berkongsi berita gembira tersebut menerusi sebuah posting di akaun Instagram miliknya.

17 Mac, Alhamdulillah Lil Cappy (panggilan anak) selamat dilahirkan. Salam Malaysia, piew piew.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan usahawan tempatan dilihat meninggalkan komen tahniah buat Caprice dan isteri.

Ujar Caprice, dia sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anaknya.

Video

Sumber: Caprice