Enggan mendiamkan diri, pelawak Ali Puteh tampil membuat siaran langsung di TikTok bersama dua pengamal perubatan Islam iaitu Tok Singa dan Shafiq Mujahid, pada Sabtu.
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Artikel Berkaitan: ‘Kenapa Buat Kesilapan Berulang Kali, Ali Puteh Menjerat Diri’ – Peguam
Mana ada orang di rumah
@rakyat_bulan Kena skolah dh #fyp #foryou #foryourpage #fyppppppppppppppppppppppp ? original sound – #rakyatbulan
Menurut Ali, dia tidak berniat untuk memuat naik video yang mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali meletak barang yang didakwa berunsur ‘syirik’ di rumah peninggalan arwah Abam Bocey.
Kata pelawak berumur 34 tahun itu, tindakan itu dibuat gara-gara Hidayah terlebih dahulu berkongsi rakaman berada di luar pagar rumah.
Saya tidak berniat nak muat naik video tersebut, pihak sana yang memulakan video fitnah itu dahulu di TikTok yang menyatakan tiada orang di rumah, duduk sejam depan rumah dan tidak diberi masuk.
Saya tidak duduk situ, adik saya yang duduk situ Tok. Belakang rumah Abam itu rumah kakak saya. Semalam hari Jumaat, orang tiada di rumah orang kerja.
Datang pula tak beritahu, kalau datang hari minggu tentu kami ada di rumah.
Dakwa Hidayah tak ambil peduli
Menjawab dakwaan Hidayah yang mengatakan rumah tersebut seperti tidak terjaga, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan dia menjaga sebaik mungkin dengan memotong rumput pada setiap bulan.
Selepas itu kata di TikTok rumah lusuh. Arwah Abam dah tiga tahun meninggal. Kalau rumah itu tidak berjaga dah tutup sawang satu rumah.
Rumput di situ kami potong tiap-tiap bulan. Ada dia tanya bil api ke bil air sepanjang tiga tahun kita jagakan rumah ini.
Tapi bila dia buat video TikTok macam itu, orang datang memaki dan membenci saya. Saya tak tahu apa-apa.
Dalam pada itu, Naib Juara Maharaja Lawak Mega 2021 tidak mengharapkan netizen menyebelahinya kerana Allah SWT nampak segala yang berlaku.
Saya tak harap netizen berada di sebelah saya. Saya cukup Allah saja nampak.
Pada Jumaat lalu, Hidayah meluahkan rasa kecewa apabila kehadiran dirinya bersama keluarga dan peguam ke rumah arwah di Gombak, Selangor, tidak disambut baik.
Cerita Hidayah, dia tersidai di luar kerana tidak ada sesiapa pun yang membuka pintu rumah.
Selepas Hidayah pulang, Ali mendakwa kakak iparnya itu meninggalkan beberapa barang seperti garam kasar, daun bidara, kulit limau serta bangkai mengkarung dipercayai untuk upacara ritual tertentu.
Sumber: TikTok