Pelakon dan model terkenal, Alicia Amin mencuri perhatian ramai apabila tampil memperagakan busana di pentas peragaan KL Fashion Week (KLFW), baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Suka Senyuman & Bau Dia’ – Kekasih Alicia Amin

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Baju Putih Sedondon & Cium Pipi Ketika Menikmati ‘Pizza Date’, Alicia Amin Dah Temui Pengganti

Alicia Amin terjatuh

Alicia atau nama lengkapnya Raja Alicia Raja Amin, 30, tampil penuh bergaya mengenakan busana berwarna hitam rekaan pereka fesyen terkenal, Shaz Nash. Penampilannya mencuri tumpuan penonton yang menghadiri acara berprestij tersebut.

Namun begitu, suasana bertukar cemas seketika apabila Alicia tiba-tiba terjatuh sewaktu sedang berjalan di atas runway dipercayai gara-gara kasut bertumit tinggi yang digayakannya.

Bagaimanapun, Alicia dilihat bersikap profesional dan tidak panik dengan situasi tersebut. 

Dengan bantuan penonton yang berada berdekatan, Alicia kembali bangkit dan meneruskan peragaan tanpa sebarang rasa kekok. Alicia turut memuat naik video kejadian di Instagram Story miliknya dengan kapsyen positif.

@shaznash dah hidangkan yang terbaik untuk korang semua, jadi walau berapa kali pun saya tersadung atau terjatuh, saya tetap kena teruskan dan tampil sehabis baik.

Tidak dinafikan, sikap profesional Alicia yang profesional dan tenang mengawal keadaan meskipun terjatuh di atas pentas wajar dipuji dan dijadikan contoh buat ramai.

Kuala Lumpur Fashion Week 2025 (KLFW) menandakan edisi ke-13 bagi minggu fesyen tahunan tersebut, yang kembali dianjurkan di Esplanade @ KLCC Park, Menara Berkembar PETRONAS di Kuala Lumpur.

Berlangsung dari 4–10 Ogos 2025 di KLCC Park, acara ini menampilkan lebih daripada 55 pereka dan jenama.

Sumber: Instagram Alicia Amin