![[VIDEO] Alif Rosehaizad Dedah Dapat Temani Ibu Bedridden Hingga Nafas Terakhir – ‘Tak Puas Jaga Mak…’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/alif-2.jpg)
Selepas beberapa hari memilih untuk berdiam diri, individu tular dengan ketulusannya menjaga ibu yang terlantar sakit (bedridden) Alif Rosehaizad tampil berkongsi perasaannya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Scha Alyahya Sebulan ‘Berkurung’ Dalam Rumah Selepas Ibu Meninggal Dunia – ‘Satu Kehilangan Yang Amat Besar’
Ada dengan mak
View on Threads
Menerusi perkongsian di Threads, Alif mengakui dia mengambil masa untuk menenangkan diri dan menangis sepuas-puasnya sebelum berkongsi berita tersebut.
Bercerita kembali, Alif mendedahkan dia sempat menemani dan berada di sisi ibunya sehingga wanita itu menghembuskan nafas terakhir.
Selalunya pada hari Sabtu saya tiada di rumah sebab itu adalah hari rehat saya. Tapi pada hari Sabtu lepas saya batalkan perancangan saya sebab saya tidak sedap badan.
Jadi, saya teman mak saya sehinggalah saat terakhirnya. Adik-beradik dan bapa saya ada di rumah, berdekatan dengan mak.
Alhamdulilah urusan kami semua dimudahkan.
Alif mengakui rutin menjaga ibunya bukan satu beban baginya sebaliknya menyifatkan sebagai momen yang paling dirinduinya.
Meskipun terkesan melihat ibunya menderita selama beberapa tahun namun Alif berharap ibunya pergi dalam keadaan yang tidak lagi menanggung kesakitan.
Sebenarnya tidak puas jaga mak. Keluarga saya bukan jenis yang menunjukkan kasih sayang secara fizikal tapi sejak jaga mak setiap hari saya peluk mak.
Saya suka rutin menjaga mak, saya suka melihat mak selesa tetapi dalam masa yang sama saya sedih juga mak kena lalui semua perkara ini.
Sebahagian diri saya lega mak sudah tidak perlu merana lagi dan saya harap ini jadi penghapus dosa mak dan pergi dalam keadaan yang bersih.
Berkongsi mengenai kehidupannya selepas ini, Alif berkata hidupnya mungkin akan terasa kekok kerana tidak lagi menjalani rutin yang sama.
Namun begitu, dia akan cuba menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut dan memilih untuk untuk fokus kepada diri sendiri sebelum memulakan pekerjaan baharu.
Dalam pada itu, Alif memaklumkan dia tidak akan sesekali memadam akaun media sosial miliknya kerana masih memiliki draf video yang belum dikongsikan.
Mula-mula saya rasa sedikit kekok untuk muat naik video yang ada sebab ada mak saya.
Tapi saya anggap itu adalah kenangan saya bersamanya. Semasa saya mula membuat video saya ada senaraikan video yang perlu dibuat dan mungkin saya akan terus hasilkan video yang sama untuk berkongsi ilmu.
Terdahulu, Alif menerusi satu temu bual bersama radio memaklumkan, ibunya, Che Fatimah Nik Omar telah kembali menghadap ilahi pada 4 Julai lalu.
Sekadar makluman, Alif mula berkongsi tentang cara penjagaan pesakit yang terlantar empat tahun lepas selepas ibunya jatuh sakit pada Jun 2022.
Sumber: Threads








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)