![[VIDEO] Aliff Aziz Luah Rindu Terhadap Kedua Anak, Nyanyian Sarat Emosi Raih Perhatian](https://asset.ohbulan.com/2026/01/aliff-aziz-2.jpg)
Penyanyi dan pelakon Aliff Aziz kembali menyorot perhatian apabila tampil membuat ‘cover’ lagu yang berjudul ‘Takdir Buatku’ nyanyian asal oleh Izzal Anuar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tiada Manusia Tidak Berbuat Dosa, Masya-Allah Merdunya Bacaan Aliff Aziz’
Artikel Berkaitan: Aliff Aziz Belum Jumpa Pengganti, Berada Dalam Fasa Bahagia – ‘Saya Ingin Terus Perbaiki Diri’
Rindu anak-anak
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff Aziz, 34, dilihat meluahkan kerinduan pada anak-anak menerusi nyanyian yang penuh emosi.
Perkongsian itu turut disertakan bersama kapsyen ringkas yang menggambarkan keadaannya yang sukar untuk menerima takdir.
Andai benar takdir ini yang tertulis buatku, sejujurnya sukar untukku berdamai dengannya.
Perkongsian berdurasi selama seminit lebih itu meraih perhatian ibu kepada penyanyi kelahiran Singapore yang menitipkan doa buat cucu-cucunya.
Semoga Allah pelihara jantung hati kami menjadi anak-anak soleh dan solehah.
Walau jauh di mata tetapi tetap di dalam doa dan ingatan kami sekeluarga.
Reaksi netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan pelantun lagu ‘Sayang Sayang Sayang’ tersebut. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan supaya usaha bertemu anak-anak dilakukan sebagai tanggungjawab seorang ayah kandung.
Untuk rekod, Aliff pernah mendirikan rumah tangga dengan Bella Astillah pada 9 September 2016. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Pasangan itu bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Kali pertama mereka bercerai pada 16 Mei 2019 sebelum kembali rujuk dalam tempoh idah.
Sumber: Instagram @iamaliffaziz








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)