![[VIDEO] Aliff Syukri Cari Rezeki Seawal Selepas Subuh, Netizen Puji Semangat Walaupun Dah Kaya – ‘Bukan Senang Nak Senang’](https://media.ohbulan.com/2025/03/aliff-syukri-4.jpg)

Usahawan Datuk Seri Aliff Syukri meraih perhatian netizen dengan semangatnya yang sentiasa tinggi dalam mencari rezeki.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Sebelum MV Lagu Keluar Aliff Syukri Tunjuk Yang Clean, Bila Saya Sudah Luluskan Rupanya Di Belakang Dia Edit Lain’ – Shahida
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Terima Tawaran Jadi CEO? Syarikat ‘Offer’ Gaji Pokok Cecah Ratusan Ribu – ‘Patut Ke Saya Terima?’
Bukan senang nak senang
@papalarisofficial Membalas kepada @Rosdi ? For videos! Rejector weakness system – MoppySound
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 37, akui tidak mudah untuk mencapai tahap yang dia berada sekarang.
Menurutnya, dia bermula berniaga sejurus selepas subuh.
Bukan senang nak senang.
Orang lain lepas sahur, tidur.
Saya pukul 5 pagi terus buat live.
Orang tak tahu usaha kita.
Dalam pada itu, Aliff sempat mengucapkan terima kasih kepada semua penyokong produk keluarannya.
Cemburu dengan semangat Papa




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mencemburui semangat yang dimiliki Aliff dalam mengekalkan usahanya mencari rezeki. Selain itu, warganet turut menyatakan bahawa sifat ini harus dicontohi orang ramai.
Sumber: TikTok @AliffSyukriKamarzaman








![[VIDEO] Khairul Aming Jaga Keberkatan Perniagaan – ‘Jangan Guna Kejatuhan Orang Lain Untuk Naikkan Sales Kita’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/khairul-aming.jpg)