![[VIDEO] Aliff Syukri Dedah Dua Jam ‘Live’ Dapat RM100K – ‘Tak Sama Dengan Gaji Lain’](https://media.ohbulan.com/2025/04/aliff-syukri-7.jpg)
Usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan gaji yang diterima sepanjang bersiaran langsung di aplikasi TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tak Sengaja Bertemu Bonda Rozita, Pilih Mengalah Demi Hubungan Baik – ‘Pertemuan Ini Merungkai Segalanya’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Terima Tawaran Jadi CEO? Syarikat ‘Offer’ Gaji Pokok Cecah Ratusan Ribu – ‘Patut Ke Saya Terima?’
2 jam RM100,000
@anirashop23 #aliffsyukri #datoaliffsyukri #papaterlajaklaris #dherbsterlajaklaris #aliffsyukriterlajaklaris ? original sound – AniRa ?RACUN TIKTOK?
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Aliff dilihat santai menjawab soalan-soalan netizen sambil menjamu buah nangka.
Pada awalnya, Aliff enggan berkongsi jumlah gaji yang diterima setiap akhir bulan, namun, tetap berkongsi selepas didesak netizen.
Kenapa sibuk nak tahu hal peribadi orang? Itu rahsia.
Tak boleh cerita tentang gaji.
Cuba kalau orang tanya gaji kau, satu Malaysia tahu, mesti kau malu.
Gaji saya RM280,000.
Gaji saya buat live tak sama dengan gaji lain.
Gaji saya RM50,000 satu jam. Dua jam RM100,000.
Aliff rajin cari duit
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak hairan dengan kekayaan yang dimiliki Aliff kerana kerajinannya yang bekerja seawal selepas subuh. Selain itu, warganet turut memuji tenaga usahawan berusia 38 tahun itu yang sentiasa kuat mencari rezeki.
Sumber: TikTok @anirashop23