Bilangan ahli keluarga termasuk pembantu yang tinggal di rumah usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri menjadikan jumlah kos bulanan menghampiri sehingga RM60,000.

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Serik Nak Bagi Orang Pinjam Duit, Sedang Tuntut Hak Berjumlah RM50 Juta Daripada Pemiutang

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Punca Isteri Keluarkan Kenyataan – ‘Pada Awalnya Keluarga Kami Tak Dibenarkan Post Gambar’

Kos bulanan untuk makanan

@anirashop23 #alifsyukriterlajaklaris #papalaris #dherbsterlajaklaris #dherbs #datoaliffsyukri #aliffsyukri ? original sound – AniRa ?RACUN TIKTOK?

Menerusi klip potongan siaran langsung di TikTok, Aliff atau nama lengkap Aliff Syukri Kamarzaman, 38, berkata, kos untuk makanan adalah RM15,000 bagi 14 orang penghuni di dalam rumahnya.

Rumah saya ada 14 orang, paling sikit RM15,000 untuk makanan.

Rezeki saya Alhamdulillah, walaupun tak banyak.

Bagaimanapun, Aliff bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan kepadanya untuk membayar komitmen bulanan.

Murah rezeki

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kerajinan usahawan berusia 38 tahun itu yang sentiasa berusaha mencari rezeki untuk kesenangan keluarganya. Selain itu, warganet turut mendoakan rezeki Aliff sentiasa dipermudahkan.

Sumber: TikTok @anirashop23