![[VIDEO] Aliff Syukri Hadir Majlis Kahwin Pekerja, Netizen Pakat Nak ‘Support’ Bisnes – ‘Dia Tak Duduk Meja VIP Pun’](https://asset.ohbulan.com/2025/05/DAS-5.jpg)

Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri meraih pujian apabila dilihat membawa seluruh ahli keluarganya menghadiri majlis perkahwinan.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Bikin Netizen Terhibur Pakaikan Kambing Peliharaan ‘Pampers’ – ‘Tolong Jadikan Duta’
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Terima Anugerah Ikon Usahawan 2025, Luah Syukur Pada Ibu & Isteri – ‘Terima Kasih Doa Yang Sentiasa Bersama Saya’
Rendah diri
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Aliff sekeluarga dilihat sedang menikmati juadah di majlis perkahwinan pekerjanya.
Video yang berdurasi selama 15 saat itu meraih pujian dengan personaliti keluarga Aliff yang tidak mementingkan pangkat.
Disebabkan pekerja kami kahwin, kami datang makan-makan.
Semoga berkekalan hingga ke jannah.
Selain itu, kebanyakan wargamaya turut memuji sisi Aliff yang sentiasa membawa keluarganya walau apa jua acara yang dihadiri.
Tak banyak songeh




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum melihat keluarga Aliff Syukri yang sentiasa merendah diri walaupun berkehidupan mewah. Selain itu, warganet turut mendoakan agar Aliff Syukri sentiasa dimurahkan rezeki.
Sumber: TikTok @D’herbsOfficial








