![VIDEO] Aliff Syukri & Shahida Terkejut Beg Disalut Batu Swarovski Harga RM45k & RM50k Terjual](https://asset.ohbulan.com/2025/08/aliff-syukri-beg-denim.jpg)
Pasangan usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida meluahkan rasa terkejut apabila dua beg tangan samma edisi denim yang bersalut Swarovski berharga RM45,000 dan RM50,000 telah berjaya dijual
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Tewaskan Khairul Aming, Rampas Takhta Jualan Tertinggi Penstriman Langsung
Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Cabar Diri Mahu Tempa Nama Dalam Malaysia Book Of Records
Terkejut

Menerusi potongan klip daripada siaran langsung di TikTok, Shahida berkata beg Samma edisi denim bersalut Swarovski itu sememangnya mahal kerana ia merupakan satu-satunya yang wujud di dunia.
Shahida menyatakan wajar harga beg tersebut mahal kerana mereka menggunakan kristal asli daripada Swarovski.
Tidak lama kemudian, pasangan itu menerima perkhabaran gembira apabila beg tangan itu berjaya dijual semasa sesi siaran langsung itu.
Pasangan suami isteri itu juga memberitahu mereka sendiri akan menyerahkan sijil dan beg tersebut kepada pembeli.
Ada orang beli dua-dua bag ini? Betul ke?
Kami akan beri sijil dan akan hubungi individu tersebut.
Kami juga akan hantar sendiri beg ini.
Dalam kesempatan itu, Aliff dan Shahida mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang ramai kerana berterusan memberi sokongan terhadap mereka.
Sumber: TikTok








