Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri raih perhatian apabila anaknya Qadejah dan Ammar turut bersama mempromosikan beg tangan keluarannya di siaran langsung TikTok.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Pegang Pendirian, Jaga Aib Keluarga Di Media Sosial

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Dedah Dua Jam ‘Live’ Dapat RM100K – ‘Tak Sama Dengan Gaji Lain’

Latih anak jadi usahawan

Menerusi potongan klip siaran langsung TikTok, Aliff dilihat melatih anak-anaknya menjadi pewaris bagi perniagaannya.

Menurutnya, untuk menjadi seorang usahawan mesti sentiasa fokus kerana perlu bersaing dengan berjuta rakyat Malaysia.

Kena jadi anak yang hebat, boleh ke depan, bersemangat dan bersaing secara sihat.

Bila kita berniaga, kita bukan bersaing dengan lima orang. Kita bersaing dengan 30 juta rakyat Malaysia.

Jadi, kena betul-betul fokus.

Bagaimanapun, cara usahawan berusia 38 tahun itu melatih anaknya mengundang pelbagai reaksi di kalangan penonton yang simpati melihat anak keduanya, Ammar Ahyyan yang seakan dipaksa minat dunia perniagaan.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara Aliff yang melatih anak di khalayak ramai kerana dianggap memalukan. Selain itu, warganet turut berharap agar Aliff tidak memaksa dan memberi ruang kepada anak-anaknya untuk memilih jalan hidup sendiri.

Sumber: TikTok @farr_affiliate1