berita

[VIDEO] Allianz Bawakan 6 Kisah Inspirasi Yang Angkat Semangat Sayangkan Malaysia!

September 15th, 2019 | by Nurul
Kini Trending

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun bagi memperingati penubuhan persekutuan Malaysia dan mengenali tokoh-tokoh yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

Sempena Hari Malaysia ni, Allianz ingin membawakan kisah 6 orang rakyat Malaysia yang memberi inspirasi dalam sebuah siri video pendek. Dalam mengenali sesama sendiri, mereka sebenarnya punya misi masing-masing dalam melindungi negara tercinta kita, Malaysia. 

1.”Kita semua adalah sama”-Dato’ Mohd Arshad

Image from Allianz

Walaupun sudah bersara, Brigadier Jeneral (B) Dato’ Mohd Arshad masih menyumbang baktinya kepada negara dengan kini menjadi Presiden Persatuan PATRIOT Kebangsaan, iaitu sebuah NGO yang dibentuk oleh tentera, bekas polis dan orang awam untuk membantu menyatukan rakyat Malaysia secara harmoni dan aman.

Penglibatannya dalam PATRIOT adalah dengan satu misi untuk melindungi dan memastikan semua kaum bersatu padu supaya semua bangsa dapat hidup bersama dengan aman. Baginya juga, tiada ruang untuk isu perkauman dan ekslusiviti di Malaysia kerana kita semua adalah sama.

2. Hayma ingin sangat berjumpa dengan Tunku Abdul Rahman..

Mengidolakan Tunku Abdul Rahman, Hayma yang kehilangan deria pendengaran semasa berusia 3 tahun, ingin sekali berjumpa dan mengucapkan terima kasih kepada beliau yang membantu kita mencapai kemerdekaan.

Bagi Hayma, perkara yang paling bernilai untuk dilindungi dalam Malaysia adalah perlunya memelihara bahasa ibunda kita walaupun berlainan etnik. Namun, apa yang lagi penting adalah penguasaan Bahasa Malaysia bagi semua kerana ia merupakan sebahagian daripada budaya.

3. Zakri Khir membesar dengan gaya hidup 3 bangsa..

Berdarah campuran Melayu-Cina serta membesar dengan tosai dan idli hasil air tangan jirannya yang berbangsa India membuatkan CEO Allianz Malaysia Berhad, Zakri Khir lebih menghargai kepelbagaian kaum di Malaysia dan bertuah apabila beliau dapat merasai cara hidup 3 bangsa!

Bagi beliau, Malaysia beruntung kerana dianugerahkan dengan kepelbagaian etnik dan budaya. Oleh itu, negara kita seharusnya melindungi anugerah ini iaitu rakyatnya sendiri dengan sebaik mungkin.

4. Cinta Eddin Khoo yang mendalam kepada kebudayaan Melayu..

Selain kenangan dengan bapanya, Eddin Khoo juga merasakan bahawa penting untuk memastikan Malaysia kekal sebagai satu tempat pertemuan pelbagai budaya walaupun berbeza pendapat dan bangsa. Semangat kemasyarakatan juga harus dipupuk dari sekarang kerana ia merangkumi warisan serta budaya dan apabila semua ni pupus, kita takkan ada lagi kenangan yang boleh disimpan sebagai sebuah masyarakat yang harmoni.

Atas sebab itulah, Eddin Khoo giat menguruskan sebuah organisasi kebudayaan iaitu PUSAKA yang memartabatkan kebudayaan dan kesenian Melayu Kelantan seperti Wayang Kulit, Mak Yong, Manora, Main Puteri, dan Dikir Barat.

5. R. Nadeswaran, tamat pengajian di universiti pada 46 tahun..

Dengan kerjayanya sebagai wartawan selama lebih 50 tahun, Nadeswaran telah menggunakan tulisannya untuk mencabar rakyat Malaysia untuk berfikir lebih mendalam mengenai perkara-perkara yang mempengaruhi negara kita. Mengambil inspirasi dari idolanya iaitu Mahatma Gandhi, Nadeswaran merasakan bahawa masih belum terlambat untuk melakukan perubahan besar dalam hidup, begitu juga dengan negara.

Dengan isu alam sekitar yang semakin terjejas, beliau merasakan amat penting untuk melindungi alam sekitar dan habitat semulajadi dari terus dimusnahkan atas nama pembangunan.

6. Miri Adek, tak habis sekolah tapi kini seorang guru..

Walaupun tak sempat menamatkan tingkatan 3 dan merasakan dia hanya mampu menjadi tukang cuci, kini Miri Adek merupakan seorang guru Bahasa Inggeris serta literasi komputer dan mengajar anak-anak Orang Asli supaya mereka tidak merasai kesusahan yang pernah dialaminya.

Kesedaran tentang pentingnya pendidikan membuatkan Miri bangkit dari kegagalan dan mempunyai misi dalam meningkatkan kebajikan sosial masyarakat Orang Asli serta melindungi adat dan resam mereka untuk kebaikan generasi akan datang.

Nak tahu lebih banyak kisah tentang Nadeswaran dan Miri yang sangat memberi inspirasi?

Di sebalik kisah mereka, hanya satu soalan ini yang paling sukar dijawab oleh semua..

Kalau korang nak tahu apakah soalan dan jawapan mereka, jom tengok video ni..

Bagi korang pula, apakah perkara bernilai yang perlu dilindungi di Malaysia dan kenapa?

Di kesempatan ini, Allianz mengucapkan Selamat Hari Malaysia dengan harapan supaya kita rakyat Malaysia sama-sama memelihara keharmonian dan keamanan negara kita yang tercinta.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Allianz. 

SKIP THIS AD ×