![[VIDEO] Almy Nadia Seronok Makan ‘Shell-Out’, Netizen Prihatin Fasal Kesihatan Diri – ‘Anak-Anak Masih Kecil’](https://media.ohbulan.com/2025/04/almy-nadia-1.jpg)

Pelakon Datin Almy Nadia meraih perhatian wargamaya ketika sedang menjamah hidangan ‘Shell Out’ bersama anak perempuannya di rumah.
Artikel Berkaitan: Almy Nadia Kongsi Wajah Anak Kelima Selepas Dua Bulan Bersalin – ‘Assalamualaikum Semua Aunty & Uncle’
Artikel Berkaitan: Fizz Fairuz, Almy Nadia Timang Cahaya Mata Kelima
Jaga kesihatan
@tracixgysmp #almynadia #fizzfairuz #fyp #foryoupage #viralvideo #artismalaysia ? original sound – Almy Nadiaa
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pemilik nama Ungku Almy Nadia Aminuddin Shah dilihat sedang menikmati dan mempromosikan hidangan ‘Shell Out’.
Pada perkongsian itu, kebanyakan netizen turut memuji cara Almy menikmati hidangan ‘Shell Out’ tersebut sehingga membuatkan rata-rata yang menonton turut lapar.
Bagaimanapun, netizen dilihat prihatin terhadap keadaan tubuh badannya yang berisi.
Netizen prihatin




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan kerisauan terhadap berat badan Almy yang tidak terjaga. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan untuk bersenam agar dijauhkan daripada segala penyakit.
Sumber: TikTok @Almynadiaa








