Penyanyi rap yang kini bersatus wakil rakyat, Altimet berkongsi tangga gaji yang diterimanya sebagai seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Artikel Berkaitan: Altimet Rai Kemenangan DUN Lembah Jaya Dengan Solat Subuh Berjemaah
Gaji RM16,000
@dolspodcast Gaji wakil rakyat adalah sebanyak?? Layan Episod 38, 9 MALAM INI di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. Podcast ini dibawakan khas untuk anda oleh Pop Motif Interior Pte Ltd A HDB licensed contractor ? 8755-6538 IG: @popmotif.sg Fb: popmotif ? www.popmotif.sg Pop Motif Interior Pte Ltd Deserve To Be Noticed. @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana @Pop Motif Official @altimet #DolsPodcast ? original sound – Dol’s Podcast
Menerusi sesi podcast Dol’s Podcast yang dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Fizie Roslan, Altimet atau nama sebenarnya Yang Berhormat Tuan Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Al-Hadad memaklumkan gaji yang diterimanya mencecah sebanyak RM16,000 sebulan.
Di Selangor ya, kalau campur gaji kasar, elaun dan sebagainya boleh dapat bersih RM16,000.
Dan tak salah sayalah, di Malaysia kalau untuk ‘top 3’ gaji di peringkat negeri, ADUN Selangor antara yang tertinggi.
Selain itu, pelantun lagu ‘Amboi’ juga mendedahkan seseorang yang bergelar wakil rakyat itu juga mendapat kemudahan untuk membuat pinjaman serta diberikan elaun tambahan.
Macam kakitangan kerajaan yang lain juga, kami ada kemudahan untuk buat pinjaman bagi membeli rumah dan kereta.
Dan sebahagian daripada elaun yang kami terima ada peruntukan untuk pemandu peribadi dan itu (driver) wajib digunakan.
Elaun itu disediakan untuk memudahkan kerja dan jangan sampai tak ada ‘driver’ kalau tak bos akan tanya nanti.
Sekadar info, Altimet sekarang ini menjawat jawatan sebagai ADUN di Lembah Jaya, Ampang Jaya, Selangor selepas memperoleh undian sebanyak 26,298 menewaskan lawannya Sharifah Haslizah Syed Ariffin daripada Perikatan Nasional (PN) yang hanya memperoleh undi 19,620 pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang diadakan pada Ogos tahun lalu.