Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi iaitu Alvin Chong hadir ke acara yang dianjurkan jenama fesyen mewah Itali, Prada iaitu Prada Fashion Week 2025 (Prada FW25).
Artikel Berkaitan: Alvin Chong Bangun Tidur Dalam Keadaan Menangis Selepas Mimpi Buruk – ‘Ditipu Kawan Baik Sendiri’
Digilai wanita Eropah
@itsalvn__ you guys just made my day. #PradaFW25 #Prada @Prada ? original sound – ALVN
Menerusi perkongsian di TikTok, Alvin berkongsi beberapa momen sepanjang dirinya hadir ke acara yang bertempat di Milan, Itali itu.
Apa yang mencuri perhatian ialah, peminat Eropah yang hadir ke acara tersebut begitu teruja dengan kehadiran Alvin sehinggakan mereka menjerit teruja mahu bergambar dengan pelakon drama ‘Kerana Cinta Itu Ada’.
Menurut Alvin, dia tidak menyangka ramai orang mengenalinya dan mahu bergambar dengannya sepanjang berada di sana.
Saya tak sangka momen ini terjadi kepada saya sewaktu di Milan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kejayaan Alvin dan menyifatkan pelakon berusia 33 tahun itu layak dilabel sebagai artis antarabangsa.
Komen netizen
Sumber: TikTok