berita

[VIDEO] Ambil Upah Mengecat, Budak 11 Tahun Ini Hanya Minta Dibayar Dengan Beras

June 29th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan, ramai individu yang kehilangan pekerjaan. Malah ada juga peniaga yang hilang sumber pendapatan kerana jatuh muflis. Akibat daripada itu, mereka sanggup melakukan pelbagai pekerjaan tidak kira susah mana pun, mereka sanggup demi mencari rezeki yang halal.

Minta bayar upah dengan beras je

Menerusi video yang telah dimuat naik oleh Faeez Salleh di akaun TikTok, dia berkongsi kisah seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 11 tahun mengambil upah untuk mengecat meja.

Walaupun baru darjah 5, kanak-kanak yang dikenali sebagai Hanif itu kelihatan bersemangat dan tekun melakukan kerja yang diberikan. Lebih mengejutkan lagi apabila ketika ditanya mengenai soal upah, kanak-kanak terbabit hanya meminta beras sahaja.

Dia datang buat kerja dengan kita. Bagus budak ni. Kita tanya nak duit ke nak beras. Dia kata nak beras.

Setelah video mengenai kanak-kanak itu viral di media sosial, ramai yang baik hati untuk memberi bantuan kepadanya dan Hanif juga mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakannya.

Video penuh:

@mfs_bengkelbesi? original sound – Tanah Melayu

@mfs_bengkelbesidya mai buat kerja dgn kita,bguih budak nie..kita tya nak duit ka nak beras,dya kata nak beras???#MFsBengkelBesi? bunyi asal – Abeyie_Official ??

@mfs_bengkelbesiBalas kepada @reilaidora_mira1 done video original? bunyi asal – FaeezSalleh

Sumber : mfs_bengkelbesi

SKIP THIS AD ×