berita

[VIDEO] Ambulans Lambat Sampai, Bapa ‘Gigih’ Sarung PPE Hantar Anak Positif COVID-19 Naik Motor

June 7th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Kes harian COVID-19 di seluruh negara kian meningkat dan tidak menunjukkan sebarang penurunan kes di beberapa buah negara. Lebih menakutkan lagi apabila virus ini akan menyerang sesiapa sahaja tidak kira muda mahupun tua dan tidak mengira jantina.

Gigih pakai PPE untuk hantar anak ke hospital

Kisah seorang bapa di Thailand yang ‘gigih’ menyarung PPE untuk menghantar sendiri anaknya yang telah dijangkiti COVID-19 ke hospital telah mengundang sebak ramai netizen di media sosial.

Menerusi video yang telah dikongsikan oleh Penanam Anggur di akaun Twitternya, memaparkan seorang bapa yang berpakaian PPE lengkap sanggup menunggu anaknya di hadapan rumah sambil memegang beg yang berisi berang keperluan anaknya itu.

Lebih menyedihkan lagi apabila bapanya berasa kasihan melihat anaknya penat menunggu ambulans dan sanggup menghantar anaknya dengan menaiki motorsikal untuk ke hospital gara-gara mereka telah menunggu lama ketibaan ambulans yang tidak sampai-sampai.

Dalam pada itu, wajah gembira turut terlihat ketika bapanya sempat membuat panggilan video untuk memberi kata-kata semangat kepada anaknya yang berada di hospital.

Sanggup naik motor gara-gara ambulans lambat

Sumber : anthraxxxx

SKIP THIS AD ×