Pelakon, Amelia Henderson meraih pujian ramai apabila menunjukkan tahap ‘common sense‘ yang tinggi dengan memberi ruang kepada tetamunya untuk menunaikan kewajipan sebagai umat Islam terlebih dahulu.

Artikel Berkaitan: Amelia Henderson Segan Dilabel ‘Beauty With Brain’, Akui Diri Masih Tak Sempurna

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Heliza Helmi Nafi Rumah Tangga Sedang Bergolak – ‘Dari Mana Datangnya Dakwaan Itu?’

Akhlak Amelia Henderson

@uwaisalqarniey

Akhlak Amelia Handerson 🥹❤️ @Heliza Helmi @Hazwani Helmi #fyp

♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍

Menerusi podcast Studio Sembang, pelakon, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi bersama adiknya Hazwani Helmi dilihat memberi perkongsian yang bermanfaat pada episod yang disiarkan.

Pada podcast tersebut, Heliza dan Hazwani meluahkan rasa teruja apabila Amelia menawarkan ruang untuk duo adik-beradik itu menunaikan solat Isyak.

Kami sangat terkejut.

Ketika itu azan Isyak. Tiba-tiba dia tanya kami dan beri ruang untuk kami solat.

Perkara itu sangat menyentuh hati.

Ini antara akhlak-akhlak yang kita boleh contohi.

Amelia Henderson antara ikon yang boleh dijadikan contoh.

Sekadar info, Amelia memeluk agama Islam semasa mendirikan rumah tangga bersama Tunku Dato’ Harun, anak kepada Tunku Bendahara Kedah Almarhum Tunku Tan Sri Annuar Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Toh Puan Noor Suzanna.

Bagaimanapun, mereka sah bercerai pada tahun 2018.

Semenjak daripada itu, Amelia tidak pernah memberi keterangan lanjut mengenai agama yang dianutnya.

Sumber: TikTok @uwaisalqarniey