![[VIDEO] Amin Idris Jawab Hukum Beri Alasan Tak Sedia Untuk Bertudung](https://asset.ohbulan.com/2025/08/amin-idris.jpg)
Pendakwah terkenal, Amin Idris menegaskan hukum menutup aurat bagi setiap umat Islam adalah wajib dan perlu diusahakan.
Artikel Berkaitan: ‘Di Kala Kita Benci Kes Buli, Tiba-Tiba Dihidangkan Drama Kisah Ketua Buli’ – Amin Idris
Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Jadikan Orang Bod*h Famous’ – Amin Idris
Wajib tutup aurat
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amin menjawab hukum segelintir umat Islam yang memberi alasan tidak bersedia untuk menutup aurat.
Kita kena faham hukum pakai tudung adalah wajib atau sunat? Ianya wajib sebagaimana kita wajib sembahyang.
Boleh ke cakap kita akan solat bila kita bersedia? Tak boleh sebab ianya wajib.
Kalau tak boleh digunakan untuk solat, begitu juga untuk aurat.
Alternatif lain

Dalam pada itu, Amin sempat berkongsi alternatif atau cara menjawab jika dituju soalan mengenai penutupan aurat secara sempurna.
Kita faham masyarakat dibesarkan dengan cara yang berbeza.
Kalau orang tanya bila nak bertudung, minta saja didoakan.
Pertama, orang akan doakan kita. Kedua, kita bagitahu yang kita sedang berusaha untuk bertudung.
Kerana hidayah tak boleh ditunggu, kita kena cari.
Sebagai manusia kena ikhtiar mencari hidayah.
Sumber: TikTok @HotFM








