Pelakon Amir Ahnaf menegaskan babak bersentuhan dengan pelakon wanita hanya akan berlaku sekiranya mendapat persetujuan kedua belah pihak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amir Ahnaf Pakej Lengkap, Tampan & Pandai Mengaji – ‘Bagus Didikan Mak Ayah Dia’

Artikel Berkaitan: Berwajah Jawa Punca Rezeki Amir Ahnaf Dilamar Berlakon Di Indonesia

Persetujuan bersama

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Amir Ahnaf Mohd Khairudin, 25, berkata perbincangan perlu dilakukan untuk mengelakkan perasaan tidak selesa sepanjang pengambaraan.

Semuanya tentang keserasian dan saling menghormati dengan pelakon wanita saya.

Kalau pelakon wanita saya tak selesa untuk buat babak bersentuhan, saya akan terus cari cadangan lain.

Apa-apa pun, saya akan bincang dengan cara yang baik.

Amir berkata demikian ketika menghadiri majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor pada Selasa.

Bagaimanapun, Pelakon filem Kahar: Kapla High Council berkata dia memegang prinsip untuk tidak melakukan babak sentuhan sekiranya gandingannya berstatus isteri orang.

Saya okay saja untuk buat babak bersentuhan, selagi pelakon gandingan saya belum berkahwin.

Kalau dia dah kahwin, saya akan pilih untuk elakkan sentuhan fizikal.

Bagi saya itu adalah soal prinsip dan hormat kepada pasangan mereka.

Cipta keserasian

amir ahnaf muka awam

Ketika ditanya mengenai keserasian bersama pelakon Puteri Balqish, Amir menjelaskan dia mengambil masa untuk mencari jalan bagaimana untuk menjayakan watak mereka bersama.

Amir berkata dia sangat berhati-hati dalam mencipta keserasian bersama kerana aktres itu baru mencecah usia 17 tahun pada ketika itu.

Masa berlakon dengan Aqish, saya ambil masa untuk fikir cara terbaik agar kami selesa bekerja.

Akhirnya saya ambil pendekatan untuk anggap dia seperti adik sendiri.

Bila saya layan dia sebagai seorang adik, rasa sayang dan hormat itu datang secara semula jadi.

Itu memudahkan saya untuk jayakan babak dengan jujur dan selamat.

Dalam perkembangan lain, Amir merupakan pelakon utama dalam drama Pabila Dia Tersenyum yang mula ditayangkan di platform VIU pada setiap hari Khamis, Jumaat dan Sabtu bermula 24 April 2025.

Selain Amir, drama ini turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Alya Iman, Adam Lee, Iqram Dinzly, Marissa Yasmin dan ramai lagi.