Penyanyi dan pelakon Amira Othman mengakui masih belum bersedia berkongsi wajah anak sulungnya, Muhammad Jarir Umar kepada umum.

Artikel Berkaitan: Amira Othman Bawa Jarir Kenal Kolam Renang, Dedah Fattah Amin Dah Susun Aktiviti

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Impi Bina Masjid & Surau Sendiri – ‘Kita Namakan Masjid Jarir Umar Al Fattah’

Amira Othman belum sedia kongsi wajah anak

Ketika ditemui OhBulan!, Amira atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 33, dia akan berkongsi wajah cahaya matanya kepada peminat apabila tiba waktu yang sesuai.

Jelas pelantun lagu Dalam Sujudku itu, dia mahu anak sulungnya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain tanpa terlalu terdedah kepada perhatian umum.

InsyaAllah bila sesuai pada waktunya nanti, kita pasti akan kongsikan kepada peminat.

Bagi saya biarlah dia melalui kehidupan kanak-kanak seperti yang lain asalkan dia dipelihara. Maklumlah mak dan ayah dia ada ‘haters’.

Jadi saya harap perkara itu tidak melibatkan dialah, apa-apa pun kita sentiasa berdoa yang baik-baik.

Amira berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pengumuman Top 5 Anugerah Industri Muzik ke 25 (AIM25), pada Rabu.

Berkongsi pengalaman melahirkan cahaya mata secara pembedahan, Amira berkata tidak kisah apa sahaja kaedah yang dipilih tetapi apa yang penting setiap ibu perlu memberikan yang terbaik demi kesihatan dan keselamatan anak.

Saya buat pembedahan. Tetapi saya selalu beritahu terutama bila buat sesi siaran langsung, tak kisahlah bersalin secara pembedahan atau normal, susu formula atau susu badan. 

Yang penting kita dapat beri apa yang termampu untuk melindungi anak.

Ibu saya agak tegas, jadi saya memang ikut pantang betul-betul dan paling penting tidak mahu stres. Suami pun selalu pesan supaya sentiasa bertenang dan jangan tertekan.

Untuk info, Amira dan pelakon Fattah Amin selamat diijabkabul pada 14 September 2025. 

Amira selamat melahirkan cahaya mata pertamanya pada 23 Jun lepas.