Belum reda gosip mengenai penyanyi Amira Othman yang didakwa bakal mendirikan rumah tangga dengan pelakon Fattah Amin, kini muncul pula rakaman terbaru yang mengundang tanda tanya ramai.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Sudah Tempah Dewan, Fattah Amin & Amira Othman Bakal Kahwin Tahun Ini?

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Tak Pernah Tahu ‘Password’ Fattah Amin – ‘Telefon Dia Sudah Terbuka, Saya Cuma Tekan Slide’

Huruf A& F?

@wanieelena

MasyaAllah berseri betul pengantin ni @Amira Othman 😍 Setuju tak korang? 🫣

♬ Beautiful In White – Shane Filan

Terbaharu, video yang dimuat naik oleh pengasas HijabistaHub, Wanie Elena, memperlihatkan pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu mengenakan persalinan pengantin sekaligus membuatkan peminat berteka-teki adakah ini petanda hari bahagianya semakin hampir.

Malah apa yang menguatkan lagi spekulasi apabila kelihatan cincin emas bersama beberapa barangan pengantin dan kad yang tertera bertarikh 26.08 dengan inisial huruf A & F yang dipercayai mewakili nama Amira dan Fattah.

Walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat, namun ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi yang rata-ratanya teruja meneka tarikh bahagia pasangan selebriti itu.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar hubungan Amira dan Fattah ke fasa yang lebih serius selain berharap kebahagiaan buat pasangan ini.

Difahamkan satu sesi siaran langsung di TikTok bakal diadakan antara pihak HijabistaHub dan Amira pada 29 Ogos ini. 

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan apakah pengumuman yang bakal dibuat penyanyi itu.

Sebelum ini, tular di media sosial spekulasi bahawa pelakon Fattah Amin bakal menamatkan status dudanya tidak lama lagi. 

Malah netizen turut mengaitkan nama Amira sebagai individu yang bakal bergelar suri hati aktor itu.

Sumber: TikTok