![[VIDEO] Amira Othman Raih Pujian Netizen, Infaq Makanan Di Surau Senyap-Senyap](https://asset.ohbulan.com/2026/05/amira-othman-25.jpg)
Penyanyi Amira Othman sekali lagi meraih perhatian netizen dengan kebaikan yang dilakukannya tanpa pernah cuba untuk menonjolkan diri atau menghebahkannya kepada umum.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Bakal Jadi Ibu – ‘Saya Sedang Hamil, Usia Kandungan 30 Minggu’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wany Hasrita Bantu Urut Amira Othman, Netizen Kagum ‘Circle’ Simpan Rahsia Hamil
Infaq
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Amira atau nama penunya Nadia Amira Othman difahamkan membuat infaq kepada sebuah surau di Selangor.
Pada hantaran yang sama, dilihat para jemaah mengambil juadah yang diinfaqkan oleh penyanyi berusia 32 tahun itu sebaik selesai menunaikan solat Isyak di surau berkenaan.
Terima kasih ya Amira Othman kerana infaq makanan untuk surau Darul Hidayah malam ini.
Semoga dimurahkan rezeki.
Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang memuji sikap isteri kepada aktor Fattah Amin yang sentiasa menyembunyikan kebaikan yang dibuat.
Reaksi netizen




Sumber: TikTok @imani.imtiyaz








