![[VIDEO] ‘Amira Othman Selalu Utamakan Suami, Minta Pendapat – Fattah Amin.](https://asset.ohbulan.com/2025/10/WhatsApp-Image-2025-10-13-at-1.25.28-AM.jpeg)
Pelakon dan usahawan, Fattah Amin menyifatkan isterinya, penyanyi, Amira Othman bukan sahaja penyayang, malah sentiasa mengutamakan dirinya dalam setiap perkara.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fiziwoo Kongsi Konsep Busana Resepsi Fattah Amin & Amira Othman – ‘Setiap Helaian Benang Tulang Belut & Sulaman Ayak Dijahit Dengan Doa’
Utamakan suami

Fattah atau nama lengkap Abdul Fattah Mohd Amin, 35, berkata, Amira seorang isteri yang sentiasa menghormati, memahami dan mendahulukan suami dalam apa jua urusan.
Dia (Amira) selalu utamakan suami dia. Dalam apa pun, dia akan dahulukan saya. Dia akan tanya pendapat saya, tanya izin saya dan ambil tahu apa yang saya suka. Itu buat saya rasa dia istimewa. Dia isteri syurga.
Fattah berkongsi perkara itu menerusi sepotong video yang dimuat naik di TikTok pereka fesyen terkenal tanah air, Fiziwoo.
Dalam pada itu, Fattah turut meluahkan rasa teruja apabila dapat menyarung busana rekaan Fiziwoo pada majlis persandingan di sebelah pengantin perempuan yang berlangsung di Johor Bahru pada 11 Oktober lalu.
Kata aktor tersebut, kali pertama melihat rekaan yang dihasilkan, dia benar-benar terpegun dengan hasil tangan pereka itu.
Masa perjumpaan pertama hari itu, belum nampak lagi rekaan sebenar. Sketch pun Amira yang tengok dulu. Bila saya nampak baju itu dah siap, saya betul-betul terkejut.
Saya tengok baju Amira, detailing dia memang something lah. Bagi saya, sangat grand, memang impress!
Fiziwoo ini antara pereka yang kita semua tunggu-tunggu nak bekerjasama. Cuma saya jarang dapat peluang sebab Fiziwoo banyak buat baju perempuan.
Tapi Amira memang peminat Fiziwoo, banyak baju event dia pun hasil rekaan Fiziwoo. Jadi bila kami dapat peluang bekerjasama untuk baju sanding di Johor Bahru, kami memang rasa besar hati.
Imbas kembali, Fattah dan Amira selamat bernikah pada 14 September 2025 di Golden Palm Tree Resort, Sepang.
Terdahulu, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama aktres Fazura pada 27 November 2017 namun berpisah pada 7 Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia lima tahun.
Undi Fattah & Amira

Dalam perkembangan lain, Fattah dan Amira tercalon dalam OhBulan! Paling Viral Online menerusi kategori Selebriti Paling Viral.
Undian kini dibuka sehingga 25 November 2025, dengan maksimum 50 undian setiap hari. Senarai Top 5 akan diumumkan pada 1 Disember, sebelum malam kemuncak berlangsung pada 19 Disember 2025, jam 9 malam.
Untuk memperluas capaian, OhBulan! melaksanakan kempen promosi berskala besar merangkumi artikel khas, video pendek di TikTok & YouTube, podcast Show Dalam Bilik serta kempen iklan digital.
Selain itu, kolaborasi bersama TV3, Hot FM dan Kool 101 juga dijalankan untuk memastikan sambutan lebih meluas.
Penggunaan hashtag rasmi #ohbulanpalingviralonline turut digalakkan bagi merancakkan perbualan dan interaksi di media sosial.
Untuk mengundi dan maklumat lanjut sila layari www.ohbulan.com/ohbulanpalingviralonline.
Sumber: TikTok








