Penyanyi dan pelakon, Amira Othman memohon doa orang ramai agar rumah tangganya bersama pelakon Fattah Amin kekal bahagia dan harmoni.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pilih Konsep ‘Natura Base’, Netizen Puji Seri Pengantin Amira Othman – ‘Sempurna, Tak Ada Cacat Cela’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin & Amira Othman Meriahkan Majlis Resepsi Dengan Tradisi Ambo-Ambo

Doakan

@tilljannahfa

Kami semua sentiasa doa yang baik” buat mira dan fattah. Just ignore negativity. Ignorance is a bliss 🤍💙 #fattmira #fattahamin #amiraothman #fypシ゚

♬ original sound – tilljannahfa – tilljannahfa

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, akui menjadi saksi keindahan rumah tangga yang dibina ibu bapanya.

Tambahnya, setiap kehidupan sama ada berkahwin atau bujang memiliki pahit manis tersendiri.

Kalau saya kongsi lebih-lebih, orang cakap ‘baru kahwin, semua indah’.

Saya pun serba salah.

Doa saja lah. Saya menyaksikan mak ayah saya dah berpuluh-puluh tahun, Alhamdulillah masih Allah bagi indah.

Pahit manis adalah jalan hidup. Kahwin atau tidak.

Ini tak habis-habis cakap ‘baru kahwin baru kahwin’.

Doa saja lah, mudah-mudahan kekal. Biasalah baru-baru kahwin kita sweet.

Nanti anak dah ramai, sweet tu mungkin kurang sebab dah kena commit kepada yang lain.

Doa netizen

Menjengan ke ruangan, rata-rata netizen mendoakan agar perkahwinan yang dibina Amira dan Fattah sentiasa dipelihara sehingga ke syurga. Selain itu, warganet turut menitipkan pesanan agar tidak menghiraukan komen-komen berunsur negatif.

Sumber: TikTok @tilljannahfa