Penyanyi dan pelakon Amira Othman menzahirkan rasa syukur susulan dirinya yang tidak mengalami fasa kemurungan selepas melahirkan cahaya mata sulungnya.

Artikel Berkaitan: Netizen Puji Sikap Amira Othman & Fattah Amin – ‘Tidak Membudayakan Gender Reveal, Baby Bump’

Artikel Berkaitan: Amira Othman Syukur Fattah Amin Sentiasa Di Sisi, Doa Dibalas Syurga

Suami yang supportive

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Amira atau nama penuhnya Nadia Amira Othman, 33, mengakui berdepan beberapa cabaran selepas bersalin memandangkan ini merupakan pengalaman pertamanya bergelar ibu.

Bagaimanapun, Amira memilih untuk terus kekal positif dengan sokongan padu daripada suami serta ahli keluarga.

Alhamdulilah tidak kemurungan.

Kadang-kadang rasa macam kelam kabut, susah sikit. Tapi kita kena kekal positif.

Kena ada sistem sokongan yang kuat. Saya ada suami yang sangat supportive.

Ada keluarga saya, keluarga mentua, kawan-kawan dan adik beradik.

Dalam pada itu, pelantun lagu Bila Nak Kahwin itu memaklumkan bahawa dia memilih untuk mensyukuri setiap nikmat berbanding terlalu memikirkan ujian yang dihadapi.

Kita kena tengok nikmat dia, jangan tengok ujian.

Innsya-Allah kita rasa lebih baik.

Terdahulu, Fattah dan Amira selamat disatukan sebagai suami isteri pada 14 September tahun lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Sepang.

Untuk rekod, pasangan tersebut selamat menimang cahaya mata sulung mereka pada 24 Jun yang diberi nama Muhammad Jarir Umar.

Sumber: TikTok @Imani.Imtiyaz