![[VIDEO] Amira Othman Tak Pernah Tahu ‘Password’ Fattah Amin – ‘Telefon Dia Sudah Terbuka, Saya Cuma Tekan Slide’](https://asset.ohbulan.com/2025/08/amira-12.jpg)
Penyanyi dan pelakon, Amira Othman menjelaskan tentang dakwaan yang mengatakan dia mengetahui kata laluan telefon bimbit aktor, Fattah Amin.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Tolong Bawa Beg Amira Othman Sorot Perhatian Netizen – ‘Sweet Betul Rakan Sekerja Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fattah Amin Akui Ada Persamaan Dengan Amira Othman – ‘Abang Long & Kak Long Susah Nak Ingat Nama & Nombor’
Hal peribadi

Ketika ditemui OhBulan!, Amitra atau nama lengkapnya Nadia Amira Othman, 32, memberitahu bahawa pada awalnya tidak menyedari akan kejadian itu sehingga dia menonton semula video tersebut.
Ingin saya jelaskan di sini, sebenarnya saya tak tekan pun kata laluan di telefon Fattah. Semasa dia beri pada saya, telefon itu sudah terbuka (unlocked).
Cuma saya terlupa ketika itu kerana sedang fokus mendengar penerangan tentang produk.
Macam-macam persepsi timbul selepas itu yang mengatakan saya memasukkan kata laluan di telefon bimbit Fattah.
Menurut Amira, dia tidak memasukkan kata laluan namun hanya menekan ‘slide’ semasa menggunakan telefon bimbit berkenaan.
Mungkin ini hanya salah faham, saya tak buka telefon dia, saya hanya tekan ‘slide’.
Saya tak tahu pun kata laluan itu. Telefon dia, milik dia..manakala telefon saya, milik saya. Kalau saya tengok pun, telefon Fattah sudah berada dalam keadaan terbuka.
Amira berkata demikian semasa ditemui di Majlis Pelancaran Wajah Baharu Butik Amber di Wangsa Walk, Kuala Lumpur pada Isnin.
Tak ganggu privasi
Dalam pada itu, pelantun lagu Hati-Hati tersebut menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah mengakses telefon bimbit Fattah malah sangat menghormati privasi aktor tersebut.
Jelas Amira lagi, telefon bimbit berkenaan digunakan hanya atas urusan kerja.
Kami rakan sekerja dan selesa bekerjasama, maka tidak ada isu pun bila saya pegang telefon itu.
Telefon itu sebenarnya digunakan untuk baca komen ketika sesi siaran langsung dan tengok lirik lagu sahaja.
Saya tak pernah tengok perkara-perkara peribadi miliknya dan saya hormati privasi Fattah, begitu juga sebaliknya.
Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon drama Abang Bomba I Love You itu didakwa mengetahui kata laluan lalu membuka telefon Fattah.
Perkara itu telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata sedang mengikuti sesi siaran langsung tersebut.








