Penyanyi, Amira Othman menitipkan pesanan kepada kaum wanita untuk mencintai diri sendiri terlebih dahulu dalam apa jua keadaan.

Artikel Berkaitan: ‘Fattah Antara Kawan Lelaki Yang Rapat’ – Amira Othman

Artikel Berkaitan: ‘Fattah Tak Hantar Bunga Lagi, Terus Hantar Ibu Jumpa Amira’ – Netizen

Sayang diri sendiri

Menerusi potongan klip siaran langsung, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman dilihat melayani pertanyaan netizen di ruangan komen mengenai hubungan cinta.

Menurutnya, wanita sepatutnya tidak meletakkan sayang sepenuhnya kepada pasangan.

Orang perempuan tolong sayang diri sendiri dahulu.

Bila sayang pasangan itu, berpada-pada.

Kalau tak jadi, maksudnya ada yang lebih baik. Kalau diteruskan mungkin memudaratkan.

Tambahnya, setiap takdir yang ditetapkan oleh tuhan pasti memiliki hikmah yang baik disebalik ujian dalam sesebuah hubungan.

Peranan isteri

Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu ‘Bila Nak Kahwin?’ itu memaklumkan bahawa pentingnya memilih bakal suami yang baik dan mendalami agama.

Kita kalau jadi isteri, kena tahu suami itu memang syurga.

Sebab itu kena cari suami yang baik. Boleh masuk syurga sama-sama.

Sumber: TikTok @im_yourgirl06