Pelakon hebat, Amyra Rosli mencuri tumpuan apabila menunjukkan kebolehannya dalam menitiskan air mata.

Artikel Berkaitan: Amar Baharin Kayuh Basikal Ke Thailand, Amyra Rosli Resah Tak Dapat Tidur Malam – ‘Saya Tak Nangislah’

Menangis dalam masa lapan saat

@sembangseram Ni betul2 Legend, Ratu Air Mata guys mmg hebat #Sembangseram #AmyraRosli #Safwannazri #Safwannazripod #Safwannazripodcast #Ceritaseram #Ceritahantu #Kisahseram #Kisahhantu ? Silly recorder background music that supports loop playback.(1489792) – Miyabi Hiyama

Menerusi sesi podcast ‘Sembang Seram’ Amyra atau nama lengkapnya Nur Amira Izzati Rosli telah diminta Safwan Nazri untuk menitiskan air mata.

Ujar Safwan dia ingin melihat kebolehan Amyra untuk menitiskan air mata dalam tempoh masa yang singkat.

Saya akan kira masa untuk tengok berapa saat Kak Myra ambil untuk menitiskan air mata.

Kalau Kak Myra sudilah, nak ‘belanja’ sikit kepada penonton.

Tak ada muzik sedih ke apa, kita akan tengok Kak Myra kita menitiskan air mata.

Tidak menunggu lama, pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Sekam Di Dada’ ini terus menyahut cabaran tersebut sambil diperhatikan Safwan.

Apa yang mengejutkan Safwan ialah, Amyra hanya mengambil masa sekitar lapan saat sahaja untuk menitiskan air mata.

Weh, dah keluar (air mata) weh.

Lapan saat ja? Gila weh.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kebolehan Amyra yang mampu menitiskan air mata dalam tempoh masa yang singkat.

Komen netizen

Sumber: TikTok Sembang Seram