![[VIDEO] Anak Arwah Pengasas Dnars Selamat Bergelar Isteri, Terima Mas Kahwin RM17,777](https://media.ohbulan.com/2025/04/anak-dnars-kahwin.jpg)

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad iaitu Irdina Hakim Jasman sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hati, Farez Zuhaily.
Mas kahwin RM17,777
@nurinyien99 tahniah.. sebak rasa tengok.. #fyp #fyppppppppppppppppppppppp ? my girl korean drama OST – rose?
Majlis pernikahan pasangan merpati dua sejoli ini berlangsung dalam suasana penuh meriah turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat, saudara mara serta kenalan rapat kedua-dua mempelai.
Irdina Hakim Jasman yang kini berusia 21 tahun, menerima mas kahwin sebanyak RM17,777, simbolik kepada angka istimewa yang dipercayai membawa makna tersendiri buat pasangan ini.
Majlis yang berlangsung pada 25 April ini menyaksikan detik-detik indah pasangan pengantin diraikan dengan penuh kemesraan dan kasih sayang oleh tetamu yang hadir.
Untuk info, Allahyarham Faziani Rohban merupakan pengasas produk kecantikan Dnars Skincare.
Allahyarham meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya di selatan Thailand pada Mei 2019.
Sumber: TikTok








