![[VIDEO] Anak Bonda Rozita Dedah Mesej Dari Rebecca Minta Padam Hantaran – ‘Biar Orang Tahu Perangai Kau’](https://media.ohbulan.com/2025/04/amani-rebecca-1213.jpg)

Sehingga kini masih belum reda konflik keluarga yang melibatkan anak-anak usahawan terkenal Bonda Rozita Ibrahim dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.
Artikel Berkaitan: ‘Mak Saya Kata Tak Selesa, Tapi Awak Tetap Post Juga’ – Anak Bonda Rozita Bidas Rebecca Nur Al Islam?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dilahirkan Pun Di Swasta’ – Shahida Bidas Tuduhan Duduk Tepi Jalan, Nafi Tumpang Populariti Suami & Ibu Mentua
‘Akan padam posting’
@sayasukamilktea Bila semua dah bersuara
Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, anak kepada Rozita iaitu Maryam Nur Amani mendedahkan aktres tersebut menghubungi ibunya berkenaan hantaran yang dimuat naik di media sosial sebelum ini.
Rebecca ada mesej mak saya, dia cakap..’saya sakit hati, saya akan padam hantaran saya kalau anak-anak bonda padam hantaran mereka.’
Bagaimanapun Amani tetap dengan pendiriannya untuk tidak memadam hantaran tersebut.
Kami tak nak padam, untuk apa? Biarkan sahaja, biar orang tahu perangai kau macam mana.
Tutup aib keluarga
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Amani menegaskan bahawa seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendedahkan isu peribadi kepada khalayak malah menutup rapat aib daripada pengetahuan ramai.
Kalau nak tahu keluarga bonda tak pernah kongsi hal keluarga secara online.
Tapi apabila kami tunjuk tentang isu ini di media..nampak sangat betapa besar masalah ini sebenarnya.
Benda boleh bawa berbincang, sama ada telefon atau mesej kami tapi dia tak nak juga.
Terdahulu, Rebecca tampil menjawab dakwaan mengatakan dirinya mahu menumpang populariti perkahwinan abangnya bersama Bonda Rozita Ibrahim apabila sering memuat naik gambar dan video mereka bersama.
Apa yang mencuri perhatian ialah, pelakon filem Keramat itu turut memperdengarkan rakaman suara seorang wanita yang membangkitkan isu tersebut dan dipercayai suara tersebut adalah milik isteri Aliff iaitu Shahida.
Tidak terhenti di situ, pelakon tersebut turut menyifatkan individu yang melemparkan dakwaan itu sebagai seorang yang tidak mempunyai akal.
Sumber: TikTok





![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)