Penyanyi otai, Rahmad Mega memaklumkan anak perempuannya, Nur Ara Elisya telah meninggal dunia.

Artikel Berkaitan: Rahmad Mega Dinobat ‘Terpaling Juara’, Bawa Pulang RM100k

Meninggal dunia

Pemilik nama Rahmad Tohak, 56, berkongsi perkhabaran sedih itu menerusi perkongsian di Threads.

Assalamualaikum untuk seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.

Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf warga Betong.

Untuk makluman, Nur Ara Elisya yang juga berusia 15 tahun itu menghidap sindrom Prader-Willi.

Difahamkan, gadis itu yang juga merupakan anak bongsu Rahmad bersama pelakon, Ainina Ahmad B pernah menjalani pembedahan bagi meluruskan tulang belakang yang membengkok pada Februari lalu.

Sumber: Threads, Harian Metro