![[VIDEO] ‘Anak Cakap Ustazah Kata Duit Menyanyi Itu Haram’ – Ani Mayuni](https://asset.ohbulan.com/2026/05/ani-2.jpg)
Penyanyi dangdut terkenal, Ani Mayuni meluahkan rasa terkilan apabila anak-anaknya yang pulang dari sekolah dikatakan menerima pandangan daripada guru yang mempersoalkan sumber rezekinya sebagai tidak halal.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Tangan Dipegang, Kaki Diikat & Dia Tarik Rambut Saya..’ – Anak Ani Mayuni Dakwa Pernah Jadi Mangsa Buli
Artikel Berkaitan: Ani Mayuni Syukur Hubungan Dengan Penyanyi Dangdut Kembali Jernih – ‘Hanya Salah Faham, Terlalu Dengar Cakap Orang’
Tergamam
Menerusi perkongsian di audio siar Kita-Kita Aje, Ani Mayuni atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman mengakui tergamam apabila anaknya yang masih kecil memberitahu bahawa kariernya dikatakan membawa kepada sumber rezeki tidak halal.
Bila anak balik rumah, dia cakap ‘Umi, tahu tak Ustazah kata Umi menyanyi, duit itu adalah duit haram.’
Anak saya baru umur lapan tahun.
Saya tak tahu nak cakap apa bagi dia faham.
Tambahnya lagi, dia mengambil pendekatan untuk menenangkan keadaan dengan meminta anak-anaknya agar tidak membalas kata-kata tersebut kepada guru mereka, sebaliknya hanya berdiam diri.
Saya cuma psycho balik anak-anak dan cakap, ‘Tak apa, apa Ustazah cakap awak diam saja, jangan jawab apa-apa, ‘Doa yang baik-baik saja, manalah tahu nanti Umi dapat kerja lain’.
Macam itu sajalah saya nak bagi anak-anak faham.
Bakat kurniaan Allah
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Dasar Buaya Cinta’ mengakui dia memilih untuk tidak terlalu menonjolkan anak-anaknya di khalayak umum.
Sebab itu bila anak-anak saya di sekolah, mereka nak ambil hadiah atau dapat anugerah pelajar cemerlang ke atau apa sahaja, saya tak nak pergi.
Sebab tu saya tak pernah share anak saya dalam media sosial, saya tak nak.
Dalam masa yang sama, Ani turut mempersoalkan dirinya sendiri sama ada menjadi seorang artis itu satu kesalahan, sedangkan bakat yang dimilikinya merupakan kurniaan Allah.
Kadang-kadang saya rasa, salah ke menjadi seorang artis?
Sebab ini pun bakat datang daripada Allah.
Niat saya cuma nak sara untuk keluarga, dan untuk kita nak survive dalam kehidupan.
Bukan kita nak buat benda-benda yang tak elok.
Sumber: Instagram