Anak kepada pelakon Eyra Hazali iaitu Muhammad Hayder Qhalish menyorot perhatian dengan kelancarannya membaca surah Ad-Dhuha di usia enam tahun.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Eyra Hazali Syukur Anak Pertama Sebagai Pembuka Rezeki, Kongsi Momen Hayder Cium Kaabah

Artikel Berkaitan: Didakwa Nampak ‘Baby Bump’, Instagram Eyra Hazali Mula Dibanjiri Ucapan Tahniah – ‘Tak Sabar Nak Tengok Adik Hayder’

Lancar baca Ad-Dhuha

@kinderhive.hq

✨ Aktiviti Nuzul Al-Quran KinderHive®️ ✨ Sempena menyambut Nuzul Al-Quran, anak-anak KinderHive di seluruh cawangan bersama-sama menghafaz surah-surah pilihan daripada Al-Quran. Alhamdulillah, semoga usaha kecil ini menjadi asbab lahirnya generasi yang mencintai Al-Quran, berakhlak mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. 🤍 #KinderHive #IslamicEducationHive

♬ original sound – KinderHive HQ – KinderHive HQ

Menerusi perkongsian di TikTok, pusat pengajian Hayder iaitu KinderHive telah menganjurkan satu program khas buat para pelajarnya sempena menyambut Nuzul al-Quran.

Dalam pada itu, pihak sekolah KinderHive turut berharap agar inisiatif ini menjadi asbab melahirkan generasi yang mencintai al-Quran.

Pada perkongsian berdurasi selama seminit 18 saat itu, Hayder dilihat memperkenalkan diri sebelum memulakan bacaan surah Ad-Dhuha.

Assalamualaikum, nama saya Muhammad Hayder Qhalish Bin Muhammad Haziq.

Saya di sekolah KinderHive. Saya baca surah Ad-Dhuha.

Netizen tumpang bangga

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji kelancaran Hayder membaca ayat suci al-Quran dan tidak ketinggalan menitipkan ucapan tahniah atas pencapaiannya di usia yang masih muda.

Sumber: TikTok @KinderHive HQ