berita

[VIDEO] Anak Hanya Mampu Cium, Peluk Baju Arwah Ayahnya…

April 6th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Merindui orang yang telah pergi buat selama-lamanya amat berat untuk diterima. Lebih perit lagi apabila ianya perlu ditanggung oleh kanak-kanak yang masih memerlukan kasih sayang daripada orang tuanya.

Begitulah juga yang dilalui oleh anak kecil ini yang tidur sambil mencium baju arwah ayahnya yang sudah pun meninggal dunia.

Anak peluk baju arwah ayahnya

Video sebak yang memperlihatkan seorang kanak-kanak sedang memeluk baju arwah ayahnya telah dikongsikan oleh Nik Nur Khuzaimah menerusi video yang dimuatnaik di akaun TikToknya. Dalam video tersebut, anaknya sedang lena tidur sambil mencium baju arwah ayahnya yang sudah meninggal dunia.

Ibunya memaklumkan bahawa baju yang dipeluk oleh anaknya itu merupakan baju terakhir yang arwah suaminya pakai sebelum meninggal dunia dan tidak pernah dibasuh sehingga ke hari ini kerana ia menjadi pengubat rindu untuk kedua-dua anak perempuannya.

Kalau anak-anak lain, boleh rasa pelukan hangat papa tapi anak-anak ibu hanya mampu peluk baju terakhir arwah papa pakai.

Baju terakhir arwah jadi pengubat rindu anak-anak

@nurrr377Kalau anak2 lain,blh rasa pelukan hangat papa .tp anak2 ibu hanya mmpu peluk baju terakhir arwah papa pakai. ? #fyp #allahujitandaallahsayang? rintihan rindu – Adek Nurul

Al-Fatihah untuk arwah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak dan sedih melihat kanak-kanak tersebut memeluk baju itu sambil tidur. Tidak kurang juga ada diantara mereka mendoakan agar kanak-kanak berkenaan serta ibunya tabah dan kuat menghadapi ujian yang dilalui.

Sumber : nurrr377

SKIP THIS AD ×