Sudah menjadi satu trend masa kini, ramai dalam kalangan rakyat Malaysia menghisap vape atau pod untuk menggantikan rokok. Bagi mereka, inisiatif ini ‘lebih selamat’ berbanding rokok disamping mempunyai pelbagai jenis perisa dan bau.
Terbaru, viral satu video menunjukkan seorang anak kecil yang berumur antara 2 hingga 3 tahun dengan selamba menghisap vape.
Masih berlampin, tapi dah hisap pod
Ini merupakan satu kejadian yang menyedihkan.
Adakah kita mahu perkara seperti ini dianggap perkara yang biasa? Adakah kita mahu mempertaruhkan masa depan mereka?
Sayangi keluarga kita.. sayangi anak-anak kita…#StopVaping #StopSmoking pic.twitter.com/TdFH5oFkDo
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) October 18, 2019
Seorang doktor dan pakar perubatan iaitu Dr. Khairul Hafidz memuat naik video seorang kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan 2 hingga 3 tahun sedang menghisap vape. Namun tiada sesiapa yang melarang dan mengambil tindakan sebaliknya merakam perbuatan anak kecil itu.
Ibu bapa kanak-kanak ini seolah-olah ‘bangga’ akan perbuatan anak kecil tersebut walaupun menyedari perbuatan itu tidak sihat untuk kesihatan apatah lagi bagi kanak-kanak yang sedang membesar.
Netizen mengamuk
Ibu bapa yang merosakkan anaknya
Rata-rata netizen berang dengan sikap tidak bertanggungjawab ibu bapa tersebut yang membiarkan tindakan anak kecil itu menghisap vape. Mereka juga turut risau dengan keadaan kesihatan kanak-kanak tersebut.
Sumber: Dr. Khairul Hafidz