![[VIDEO] Anak Kedua Sheikh Muszaphar & Dr Halina Sertai Program Di Universiti Oxford](https://asset.ohbulan.com/2025/12/anak-sheikh-muszaphar.jpg)
Isteri kepada angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor iaitu Datin Dr Halina meluahkan rasa syukur atas peluang yang berharga buat anak perempuannya yang mengikuti kursus jangka pendek di Oxford, United Kingdom.
Artikel Berkaitan: Isteri Sedang Hamil 13 Minggu, Dr Sheikh Muszaphar Umum Bakal Timang Bayi Kembar Lagi
Artikel Berkaitan: Dr. Sheikh Muszaphar Syukur Beristerikan Dr Halina – ‘Terima Kasih Untuk 7 Orang Anak Yang Hebat’
Sambung belajar luar negara
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Dr Halina percaya peluang ini bakal memberi pengalaman yang terbaik buat anak keduanya, Sophea Natasha.
Hari ini, Tasha berlepas ke London.
Bella (anak pertama) menyertai program yang sama dua tahun lalu, dan saya benar-benar bersyukur kerana Tasha pula melalui perjalanan berharga ini.
Berada dalam persekitaran baru dan berjumpa ramai orang pasti akan mengajarnya tentang erti pembelajaran pantas.
Tasha juga akan belajar membesar dengan cara yang sangat bermakna.
Saya juga bersyukur dia sempat jumpa ayahnya di pintu pelepasan, yang baru saja tiba dari Bangkok pagi tadi.
Sementara itu, Dr Halina menitipkan doa dan harapan buat anak perempuannya agar peluang berharga ini menjadikan dirinya insan yang lebih baik.
Selamat menikmati perjalanan ini. Kami sangat bangga denganmu.
Kami akan merindui kamu.
Semoga perjalanan ini menguatkan jati diri, meluaskan perspektif dan memberi pengalaman yang penuh makna buatmu.
Sumber: TikTok @DrShiekh








