berita

[VIDEO] Anak Mati Dilanggar Kereta, Bapa Monyet ‘Angkat’ Mahu Bawa Pulang

June 17th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Sebuah rakaman video yang dikongsi pelakon Mas Khan menerusi akaun Instagramnya ini undang rasa cemas berbaur sebak. Rakaman tersebut menyaksikan pelakon ini berusaha mengambil seekor monyet yang telah mati akibat dilanggar sebuah kereta. Tetapi usaha itu disulitkan lagi apabila bapa kepada monyet tersebut bertindak agresif, melarang mengambil anaknya.

Hampir digigit oleh monyet

https://www.instagram.com/p/CBfXARBF-MW/

Menurut perkongsian melalui Instagram pelakon Mas Khan, video selama 2:37 minit itu memaparkan aksi cemas pelakon ini berniat untuk mengambil seekor monyet yang telah mati dan kebumikan. Usaha itu hampir gagal apabila bapa monyet sentiasa berada bersama anaknya.

Mas Khan mendapat info mengenai kematian seekor monyet ini daripada jiran di sebelah rumahnya. Kematian anak monyet tersebut dikatakan berpunca daripada sebuah kereta yang melanggar tanpa sengaja. Namun bagaimanapun, usaha Mas Khan bersama rakan telah berjaya mengambil anak monyet tersebut untuk ditanam.

Sedih tengok ayah dia

Rata-rata netizen turut tersentuh apabila menonton tindakan ayah monyet tersebut sedaya upaya membawa anaknya itu. Pengikut di Instagram pelakon ini berterima kasih kerana menyelamatkan dan kebumikan mayat anak monyet yang telah mati itu.

Sumber: Instagram Mas Khan

SKIP THIS AD ×