berita

Video Anak Montel Tersangkut Walker Hibur Netizen, Siapa Sangka Ada Kisah Sayu Disebaliknya

May 16th, 2019 | by Arini Saleh
Kini Trending

Viral di media sosial gelagat lucu seorang kanak-kanak montel yang tersangkut ketika bermain walker. Si ibu yang pada ketika itu sedang mengemas dan membersihkan peralatan bayi merakam detik ‘cemas’ si bapa dan abang menyelamatkan si comel ini.

Namun, sebenarnya terdapat kisah sedih di sebalik video lucu tersebut. Difahamkan kanak-kanak yang digelar Kak Mon ini mempunyai masalah pendengaran dari kecil.

Gigih ayah dan abang selamatkan

Berharap pendengaran anak pulih

Hari ini saya kurang sihat, tekak perit batuk. huhu. Jadi masa saya hari ini banyak dihabiskan dengan membaca kisah-kisah di socMed. Ramai ye parents di luar sana yang diuji dgn kesihatan anak-anak. Scroll fb saja terbaca 2 3 orang member sedang diuji maha hebat dengan keadaan kesihatan anak-anak yang tidak berapa baik. Ada juga yang sedang berada dalam fasa menerima takdir anak yang dikandung telah kembali kepada Penciptanya. Aduiii. Kuat ya duhai ibu ayah.

Terkenang balik keadaan ibu dan ayah Kak Mon di awal-awal fasa menerima berita bahawa anak kami punya kekurangan yang kekal hingga ke akhir hayatnya. So ibu ayah buat apa? Duduk saja ke mengenang nasib?
Tentulah tidak dik non… Meratap meratap juga. Tapi dah nama ibu ayah mana bisa kami duduk diam. Paling tidak, berulang ke hospital itu sudah tentu.

Ooo. Pi hospital je. Terus serah nasib anak pada doktor je la ye? Nak sangat ke anak tu dibelah-belah oleh doktor tu?
Pun tidak ye dik non. Berulang hospital dan menghadiri terapi tu rutin wajib Kak Mon. Tapi ibu ayah tetap ada selingan usaha alternatif yang kami buat dengan harapan pendengaran Kak Mon boleh pulih macam orang normal yang lain.

Dah ikhtiar macam-macam

Segala benda ikhtiar. Saya pun sebenarnya tak sanggup anak saya dibedah-bedah. Pantang le dengar ada orang boleh mengubat. Kami terjah.

Pernah sekali seorang ustaz kata boleh usaha pulihkn saraf pendengaran Kak Mon dengan pembedahan secara batin. Tapi dia memerlukan air 7 kolah masjid dan air tempayan untuk mandikan Kak Mon. Alah air tempayan melambak, senang cari. Hmmm, tu kata ko dik non… Ustaz ni maksudkan air tempayan yang masih digunakan seperti dulu2. Takmo air paip. Nak air tadahan, kemudian air tu diguna utk masak mandi membasuh… Ha,mana nak carik keluarga yg masih menadah air, kemudian simpan dalam tempayan utk kegunaan harian?

Owh… Susah tu nak cari. Abes carik tak? Of koz la carik. Ayah Kak Mon pernah sampai ke Kelantan dekat golok tu cuba dapatkan air tempayan. Kami pernah merayap dlm ladang sawit nun sekitar Batu Pahat Pontian carik keluarga susah kot masih guna air tadahan tempayan. Tapi gagal.

Tak putus asa dgn ustaz kami cuba jugak Pak Kiai yg boleh mengurut. Ada yg berani urut, ada yg tidak. Cuba juga bawak Kak Mon jumpa seorang Dato Seri yg tempat perubatannya viral sebab orang lumpuh pun boleh berjalan semula hasil rawatannya. Berhari2 ibu ayah beratur tunggu nk jumpa Dato’ Seri sebab ramainya orang nak berubat. Ya ampun hasilnya gagal juga.

Sesungguhnya Dia sebaik-baik penyembuh

Pernah juga ada yg kata boleh sembuhkan dengan sapu darah ayam dara umur kurang 2 tahun. Adoiii syarat. Mana nk carik ayam umur kurang 2 tahun? Mana nak tau ayam tu dara lagi ke tidak? Tapi ibu ayah carik jugak. Jumpa, sapu darah sembelihannya pada leher dan telinga Kak Mon. Ooooo..

So Kak Mon boleh dengar lepas sapu darah ayam tu? Tentulah tidak dik non. Kalau dah dengar tak ada la dia pakai cochlear implant tu. Pemasangan cochlear implants itu juga usaha ibu ayah dari segi sains dan teknologi pula. Dan sehingga hari ini, kami masih berusaha.

Hmmmm… Usaha!
Bila kita diuji dengan kesihatan anak². Saya percaya ibu ayah tak duduk diam. Akan usahakan rawatan dan pelbagai cara utk anak itu sembuh. Saya pun buat macam2. You can call me syirik, paranoid or whatsoever.
But I AM A MOTHER. I do whatever it takes for my children. And i do tawakal to the almighty selepas segala usaha yg dilakukan. Sesungguhnya Dia sebaik2 penyembuh.

Doa saya sentiasa untuk ibu ayah yang diuji dgn anak2 istimewa dan punya masalah kesihatan…kerana saya pun sedang diuji, tahu bagaimana rasanya…

#KakMon’shearingjourney
#kisahanakbilateralcochlearimplant

Sumber : Anis Amira Albakri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×